pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, June 25, 2012

Azizan Razak sangup ketepikan Islam demi meraih sokongan undi dari bukan islam.




Puak PAS tak perlu la nak spin isu penternakan rumah maksiat di Kedah lagi. Azizan Razak sendiri pun dah mengaku memberi lesen penternakan rumah maksiat dengan alasan bodoh “Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum…”


Apakah penumbuhan rumah maksiat bagaikan cendawan bukannya satu perkara yang sensitiv bagi umat Islam khususnya bangsa Melayu yang kian meruncing permasalahan akhlak dari golongan anak muda akibat terdedahnya kepada hiburan yang melampau ?


Bagi Pisau Kedah, apa yang telah di lakukan Azizan Razak dengan meluluskan banyak lesen pusat hiburan adalah semata-mata meraih sokongan dari bukan islam tanpa memikir keburukan kepada golongan muda dan generasi Islam masa hadapan.






Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan. 
Azizan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat berkenaan adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan. 
“Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum…” katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat hiburan ‘secara berleluasa’ di negeri ini. 
Azizan berkata, untuk rekod di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru. 
Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula selepas lama tidak beroperasi. 
Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif. 
Azizan berkata, semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka. 
Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis. 
“Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak,” katanya. 
Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. – BERNAMA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog