pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, June 30, 2012

Panas !!! PAS Kedah sudah gelabah setelah mengetahui bakal kalah PRU 13 ini.


Artikel ini Pisau Kedah petik dari kedahkekl berkenaan isu bakal Menteri Besar Kedah yang di ulas Tun Mahathir dan cuba di putar belit Harakah untuk tujuan mencetuskan pertelingkahan di antara pemimpin-pemimpin UMNO Kedah.

Pisau kedah tidak nampak la isu Menteri Besar ini menjadi permasalahan dalam kedah, kerana ke semua pemimpin UMNO Kedah tak kisah siapa yang menjadi calon Menteri Besar.

Pisau Kedah hairan juga kenapa PAS beria-ia mainkan isu calon Menteri Besar Kedah dari kalangan pemimpin UMNO? apakah PAS Kedah dapat merasakan kekalahan mereka dalam PRU 13 ini di Kedah sehinggakan calon Menteri Besar pun di gunakan untuk serang UMNO Kedah.

Setahu Pisau Kedah dari maklumat yang di perolehi dari sumber - sumber yang boleh di percayai, BN bakal menawan kembali Kedah. Sebab tu PAS cuba serang UMNO dari segi calon Menteri Besar.


Tak habis-habis pencacai blogger dan portal fitnah paling tegar di Malaysia iaitu HARAMKAHdaily memainkan isu siapa MB Kedah. Tidak cukup memutar belitkan kata-kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah. Kali ini mereka cuba melagakan lagi Mukhriz dan perhubungan negeri.

Apakah sudah tidak ada KILLER isu berbangkit yang boleh mereka mainkan?

Datuk Paduka Ahmad Bashah secara jelas merendah diri dan menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan parti iaitu Tuan Presiden UMNO untuk memilih siapa yang layak menjadi MB Kedah 'BILA' UMNO/BN menang nanti.

Tidak tersemat didalam hati beliau untuk mengingkari kata-katanya. Malah sebagai seorang yang berpengalaman, Datuk Bashah sememangnya layak untuk menjadi MB Kedah, setia kepada parti lebih tinggi dari pangkat dan darjat.

Begitu juga dengan Dato Mukhriz Mahathir. Sebagai orang muda yang berkeliber, Mc melihat Mukhriz boleh pergi lebih jauh jika beliau bersabar dan mengikut rentak politik yang betul. Kegopohan dan ketamakkan boleh membuat kita jatuh merudum, seperti mana langkah poltik Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

Mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir, jika anda baca betul-betul, Tun Dr Mahathir hanya menjawab soalan yang dikemukakan wartawan. Bukan Tun Dr Mahathir yang membuat kenyataan menyokong secara tiba-tiba.

Sebenarnya Tun hanya menjawab soalan, soalannya lebih kurang beginilah. "jika Mukhriz di pilih menjadi calon MB Kedah, apakah beliau akan menyokong Mukhriz?" Tentunya beliau akan menyokong, tetapi masih lagi menghormati keputusan parti. Bukankah itu jelas pendirian Tun yang lebih menghormati parti lebih dari peribadi!!

Ternyata portal fitnah haram jadah Pas itu hanya fokus kepada sudut yang berbeza dari apa yang Tun katakan.

Tentang calon lain yang kepingin nak jadi MB Kedah tu.. Mc sendiri pun tak pernah dengar tentang mereka. Wahai orang Kedah, tidak kira penyokong UMNO atau atas pagar. Tak payah kita pening kepala nak fikir siapa MB Kedah bila UMNO/BN menang nanti. Kerana percayalah kita bahawa, PM kita yang bijaksana sudah pun memikirkan yang terbaik untuk negeri Kedah bagi mengubati sakit parah yang Pas Kedah buat selama ini.

Apa yang perlu kita fokus sekarang hanyalah pastikan UMNO/BN menang besar!!




Pisau Kedah :-

Nantikan Video ulasan dari Dato' Mukhriz Mahathir berkenaan isu calon MB yang akan Pisau Kedah paparkan. Video ini bakal buat PAS Kedah  akan meroyan dengan ulasan yang telah di buat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog