pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, October 2, 2012

Tu Dia !!! DAP Kata PKR Bermimpi Di Siang Hari Tentang Kabinet Bayangan


Sebelum ini Pisau Kedah ada menceritakan permasalahan yang berlaku di antara DAP dan PKR Kedah di sini di dalam merebut kerusi untuk di tandingi pada PRU 13.

Namun ketidak puasan di antara kedua-dua parti itu sekarang sudah menjadi parah apabila Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw dengan lantang mengkritik PKR apabila keputusan PKR menyenarikan 20 pemimpin kanan parti itu untuk mengisi jawatan dalam kementerian bagi kabinet bayangan Pakatan Haram..


Dr Tan Seng Giaw
Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw

SHAH ALAM – Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari. 
Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian. 
“PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 
Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam. 
Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut. 
“Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul,” katanya. 
Sementara itu Naib Presiden PKR, N Surendran menjelaskan identiti pemimpin terpilih dalam Kabinet bayangan sama sekali tidak penting. 
“Siapa atau berapa jumlah pemimpin terpilih akan diumum kelak. Tapi apa yang pasti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. 
Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding. -SH-

Pisau Kedah :-

Ternyata ikatan antara parti yang berada dalam Pakatan Haram bukanlah satu parti yang kukuh. Ikatan hanya di lakukan hanyalah semata-mata mahu menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional sahaja bukannya ikatan untuk memperjuangkan rakyat 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog