Bagi Pakatan Haram, Belanjawan 2013 Negara yang di bentangkan oleh YAB DS Najib Razak adalah gula-gula untuk meraih undi dari rakyat pada PRU 13 ini.
Namun hakikatnya belanjawan yang di bentangkan oleh DS Najib Razak adalah pertunjuk bahawa kerajaan yang mentadbir Malaysia adalah kerajaan yang penuh dengan kebajikan serta kerajaan yang sentiasa menitik beratkan rakyatnya supaya dapat hidup dengan aman damai.
Akibat belanjawan 2013 yang di bentangkan DS Najib Razak mendapat pujian dari majoriti rakyat Malaysia, Pakatan Haram merasakan belanjawan yang di bentangkan DS Najib Razak itu merupakan malapetaka buat mereka kerana belanjawan bayangan yang di bentangkan mereka telah membuat rakyat sedar bahawa belanjawan bayangan Pakatan Haram itu adalah belanjawan yang tak logik akal dan bakal merosakan ekonomi Malaysia.
Setelah merasakan belanjawan dari Kerajaan Malaysia telah mengugat Pakatan Haram, tak hairan la Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan Haram telah berhasrat untuk mengadakan jelajah penerangan ke seluruh negara bagi menerangkan tentang belanjawan bayangan Pakatan Haram bagi menipu rakyat dengan putar belit bahawa belanjawan yang di lakukan mereka adalah belanjawan membela rakyat dan belanjawan dari Kerajaan Malaysia adalah belanjawan yang membebankan rakyat.
Sekiranya Pakatan Haram dengan angkuhnya menyatakan mereka tak tergugat dengan belanjawan, mengapa Anwar Ibrahim sanggup menghabiskan duit untuk membuat program jelajah ke seluruh negara dengan kos yang tinggi bagi menerangkan isu belanjawan 2013.
No comments:
Post a Comment