pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, October 27, 2012

Panas !!! Calon BN Yang Akan Bertanding Bakal Di Dedahkan UMNO Sendiri


PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.

"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan ‘pasukan’ bagi menjatuhkan calon terpilih.

Tengku Adnan berkata, nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan
untuk disenarai pendek.

"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.

"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.

"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, Perdana Menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon. Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," katanya.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata, ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.

"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan. Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan
untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang
kita capai," katanya. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog