Sempena Hari Raya korban yang bakal tiba dua hari lagi, mari kita imbas kembali kisah pengagihan daging korban yang betul-betul memalukan umat Islam di Malaysia apabila PAS di Selangor dengan tak ada maruah telah menjemput pemimpin DAP Selangor untuk mengagihkan daging-daging lembu yang telah di korbankan.
Walau pengagihan daging korban mengikut Islam, tidak melarang orang yang bukan Islam mengagihkan daging korban namun ianya menimbulkan rasa kurang senang dari kalangan umat Islam kerana ianya membabitkan ibadah keagamaan yang perlu di hormati agama lain.
Apakah tak ada langsung pemimpin Islam di Selangor yang perlu di jemput untuk mengagihkan daging korban untuk umat Islam.
Sebagai pemimpin Islam setempat, tak perlu la membiarkan pemimpin dari kalangan bukan Islam mempolitikan ibadah keagamaan untuk kepentingan politik peribadi.
No comments:
Post a Comment