Baru-baru ini Kedah di kejutkan dengan keputusan audit yang menunjukan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran PAS telah gagal melaksanakan tanggungjawap sebagai pentadbir negeri kerana mendatangkan kerugian yang besar.
Antara kes yang sedang menjadi perbualan panas tentang audit Kedah adalah perniagaan di Papua New Guinea yang di kendalikan oleh Kedah Corprotion Berhad yang merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed)
Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007).
1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan dalam beberapa aktiviti dan kos pengurusan pinjaman, bukan penyelewengan atau rasuah.
2. RM134 juta (USD44 juta) ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bai membiayai aktiviti lain KCB. Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa penilaian yang dilantik oleh MBI mendapati ia akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat.
3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.
4. Pelaburan perniagaan di PNG ditamatkan di pertengahan jalan untuk mengelak risiko yang lebih besar.
Lalu aku pun sempat jugak komen 2,3 soalan pasal projek kat PNG tu sebelum dia block aku
Tengok jawapan last sekali dia kata projek ni projek jangka panjang bukan macam berniaga goreng pisang..Hahahaha ayat defend tahap bodoh keluaq dari otak setpol..
1) Kat bawah ni kah termasuk dalam kos pengurusan ??
Kesemua tuntutan yang dibuat tidak munasabah dan tanpa dokumen lengkap..
2) Kenapa KCB sanggup bayar duit LOBI Projek sampai RM1.21 juta kepada vendor (seorang bekas pemilik MAS yang dilantik KCB bagi menjalankan perniagaan di Papua New Guinea) sebagai 'goodwill payment' bagi pindah milik saham 70 peratus kepada KCB walaupun terma dalam perjanjian yang dibuat tidak memihak kepada KCB ?
3) Kenapa perlu bayar berjuta juta komisen kepada Perunding untuk projek tersebut ?? (boleh pulak komisen dalam kerajaan pas)
Kalau dah nak buat projek jangka panjang mestilah buat kajian dulu tengok kemampuan syarikat yang nak ambil pegangan saham tu.. Kalau ada buat kajian mesti bentangkan kepada pengarah syarikat sebelum keputusan dibuat? Ini pelaburan luar negara bukannya berniaga minyak belacak leman 3 suku..
Kalau KCB berani pinjam 134juta semata mata nak ambil alih 70 peratus kepentingan dalam Mas Incorporated maknanya mesti depa tau projek ni dapat untung dalam masa singkat..Ini projek balak bro, bukan goreng pisang tepi jalan..Keluasan tanah pulak seluas 114,429 hektar bukan sikit bro..Dah tentu balak balak kat situ semuanya besar dari balak kat Kedah..
Kalau bab untung duit BALAK kat Kedah ni pandai pulak hampa mencanang dalam ceramah kata Pas Kedah kutip hasil balak yang tinggi dalam tempoh singkat.. baca seterusnya.....
No comments:
Post a Comment