Bagi pasangan yang suka buat cop mohor kepada pasangannya patut membaca cerita ini supaya menjadi teladan dan bagi pasangan yang belum bernikah di harapkan jauhi tabiat ini kerana bukan saja memberi risiko pada pasangan anda tetapi yang paling utama adalah ianya perlakuan maksiat.
AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.
Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.
Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.
Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan – kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.
Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. – DailyMail
No comments:
Post a Comment