Dengan membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat apakah membuktikan PAS di katakan memperjuangkan Islam ?
Dengarkan Ceramah dari Ustaz Hassan Basri, bekas ketua penerangan PAS Selangor yang kini masih menjadi ahli PAS mempertikai tindakan PAS yang membantah tindakan kerajaan negeri Perak membina Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman
Kronologi Kisah Sekolah Agama Rakyat yang di bantah PAS pada June lalu yang Pisau Kedah ambil di sini
Latarbelakang Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman
Sekolah Agama Rakyat ini pada awalnya beroperasi dibawah surau lama Taman Desa Aman yang mampu menampung pelajar hampir 150 orang. Setelah Surau baru(sekarang) dibina pada awal tahun 2010 semua pelajar yang belajar di Sekolah Agama Rakyat telah berpindah ke Dewan Taman Pegoh Aman/Desa Aman.
Setelah belajar hampir setahun keadaan dewan itu bertambah kotor ditambah pula keadaan tandas terlalu kotor. Dalam pada itu pihak pengurusan Sekolah Agama Rakyat terpaksa melakukan gotong royong untuk membersihkan dewan tersebut termasuk mengecat semula dan membersihkan kawasan sekeliling.
Dalam masa yang sama Sekolah Agama Rakyat terpaksa dipindahkan sekali lagi ke kawasan surau baru Taman Desa Aman bagi memberi laluan kepada pembersihan dewan orang ramai.
Sekolah Agama Rakyat ini pada awalnya beroperasi dibawah surau lama Taman Desa Aman yang mampu menampung pelajar hampir 150 orang. Setelah Surau baru(sekarang) dibina pada awal tahun 2010 semua pelajar yang belajar di Sekolah Agama Rakyat telah berpindah ke Dewan Taman Pegoh Aman/Desa Aman.
Setelah belajar hampir setahun keadaan dewan itu bertambah kotor ditambah pula keadaan tandas terlalu kotor. Dalam pada itu pihak pengurusan Sekolah Agama Rakyat terpaksa melakukan gotong royong untuk membersihkan dewan tersebut termasuk mengecat semula dan membersihkan kawasan sekeliling.
Dalam masa yang sama Sekolah Agama Rakyat terpaksa dipindahkan sekali lagi ke kawasan surau baru Taman Desa Aman bagi memberi laluan kepada pembersihan dewan orang ramai.
Dan masa inilah ada ibubapa pelajar yang berkiblatkan PAS dan PKR telah memanipulasikan perpindahan ini sehingga membawa kepada kehadiran pemimpin pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP untuk meninjau keadaan pelajar yang belajar dibawah khemah dan seterusnya mereka jadikan isu kononnya pelajar dihalau oleh UMNO Taman Desa Aman kerana UMNO nak gunakan Dewan sebagai bilik gerakan pilihanraya....semua itu hanya satu pembohongan.
Setelah selesai pembersihan dewan pelajar-pelajar SAR dipindahkan semula ke dewan Orang ramai Taman Pegoh Aman
Apa isunya?
1. PAS dan PKR telah membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat berhampiran Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman
2. PAS dan PKR mengatakan pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini mengganggu penduduk cina yang ada cuma beberapa orang sahaja di Taman Pegoh Aman
3. PAS dan PKR telah mengatakan pembinaan Sekolah Agama Rakyat adalah haram dan wajar diruntuhkan.
4. PAS dan PKR telah mengatakan kerajaan bukan membina Sekolah Agama Rakyat sebaliknya membina bilik gerakan pilihanraya untuk UMNO.
Rentetan kejadian Isu Sekolah Agama Rakyat
Jan 2005- Sekolah Agama Rakyat ditubuhkan yang beroperasi dibawah surau lama Taman Desa Aman dengan pelajar seramai 150 orang.
Mac 2007 - Surau Baru Taman Desa Aman dibina dan pelajar dipindahkan ke dewan sebelah surau, pelajar semakin kurang sebab keadaan dewan surau tidak selesa.
Okt 2007 - Permohonan diajukan kepada YB Dato Hamidah untuk mendapatkan peruntukan. Tidak sempat untuk diluluskan pilihanraya diadakan pada Feb 2008.
Feb 2008 - Pilihanraya diadakan yang memperlihatkan rejim DAP termasuk Pas dan PKR berjaya memenangi PRU12 negeri Perak sekaligus dapat menubuhkan satu pakatan untuk mentadbir negeri Perak dibawah kuasa pemimpin DAP
Sepanjang Tahun 2008 - Surau baru dijadikan tempat pembangkang berceramah kerana mereka telah menguasai kerajaan negeri Perak.
Februari 2009 -Kerajaan rejim DAP berjaya dijatuhkan dan surau ini telah dilarang untuk berceramah dan sekaligus berjaya mengekalkan imej surau yang dijadikan tempat beceramah dan tempat tidur penyokong pakatan rakyat.
April 2009 - Sekali lagi permohonan diajukan kepada YB Dato Hamidah yang baru diantik menjadi exco untuk membawa permohonan peruntukan sekolah Agama Rakyat ini ke mesyuarat exco.
Sep 2009 - YB Dato Hamidah turun melihat secara dekat keadaan pelajar yang belajar di Sekolah Agama Rakyat yang menumpang didewan surau
YB Dato Hamidah mengarahkan supaya pengurusan SAR mencari tempat lain yang lebih selesa. Pihak pengurusan SAR mencadangkan Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman yang jarang digunakan.
YB Dato Hamidah bersetuju kerana tempat itu lebih selesa berbanding dewan surau.
YB Dato Hamidah meminta pihak AJK SAR menentukan tempat dimana SAR baru yang akan dibina kerana kelulusan peruntukan dalam proses.
Pada 19 Sep 2010 - Pejabat Tanah dan Daerah Kinta telah mengeluarkan surat kelulusan kawasan untuk membina Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman.
26 Oktober 2011 - Lawatan YAB Menteri Besar ke DUN Sungai Rapat. YB Dato Hamidah mengajukan permohonan peruntukan sekali lagi dan YAB menteri besar meluluskan RM100,000.00 untuk pembinaan SAR Taman Desa Aman
06 April 2012 - YB Dato Hamidah telah menyerahkan cek peruntukan sejumlah RM100,000.00 kepada Ahli jawatankuasa Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman yang diwakili oleh pengerusinya Ustaz Azhar.
Majlis penyerahan cek pembinaan SAR di surau Taman Desa Aman |
Pihak AJK telah mengenalpastikan lokasi pembinaan dan kontraktor untuk membina Sekolah Agama Rakyat ini.
19 April 2012 - Majlis doa selamat dan pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Agama Rakyat diadakan dan telah dirasmikan oleh YB Dato Hamidah Osman
20 April 2012 - Pembinaan Sekolah Agama Rakyat dimulakan
29 Mei 2012 - PAS dan PKR yang dihadiri oleh Lee Bon Chye dan Radhi Zainon bersama kaum cina dari Gopeng terutama yang tinggal di Kopisan dan Lawan Kuda telah berdemonstrasi membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat taman Desa Aman.
30 Mei 2012 - Penduduk Islam Taman Desan Aman/Pegoh Aman telah berdemontrasi untuk mempertahankan pembinaan Sekolah Agama Rakyat.
o4 Jun 2012- Risalah fitnah telah diedarkan dan keluarkan oleh PAS dengan kerjasama PKR Gopeng untuk diedarkan di kawasan penduduk cina dan India bagi menaikkan kemarahan kepada kerajaan BN terhadap pembinaan Sekolah Agama Rakyat.
05 Jun 2012 - Pihak pengurusan Sekolah Agama Rakyat telah mengeluarkan risalah diseluruh masjid dalam DUN Sungai Rapat agar bangun bagi mempertahankan Sekolah Agama Rakyat yang dibantah oleh Lee Bon Chye dan PAS Gopeng.
16 Jun 2012 - Majlis dialog telah diadakan bagi mengenalpasti sokongan atau bantahan ke atas Sekolah Agama rakyat. Majlis dialog itu diadakan hanya untuk penduduk Taman Pegoh Aman/Desa Aman dan YB Dato Hamidah.
Malangnya PAS dan PKR telah membawa penyokong cina dari Gopeng untuk menggagalkan program dialog tersebut. Turut hadir adalah Radhi Zainon dan Lee Bon Chye dan beberapa pemimpin Pas Gopeng.
Hasil daripada gangguan itu beberapa penduduk tempatan terpaksa balik untuk menghindarkan daripada pergaduhan.
Pembangkang termasuk PAS telah mengambil gambar dan dimasukkan ke dalam you tube dan memutarbelitkan bahawa YB Dato Hamidah menghalau penduduk tempatan yang hendak berdialog tetapi sebenarnya penyokong yang datang bersama pemimpin PAS dan PKR adalah penduduk cina yang tinggal di Lawan Kuda dan Kopisan berdekatan dengan Gopeng.
Apa yang lebih menyedihkan PAS yang melaung-laungkan perjuangan Islam dipentas ceramah sanggup bersama -sama pemimpin cina PKR untuk menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di taman Desa Aman.
Apakah niat sebenar mereka meletakkan kain rentang di kampung-kampung sedangkan realitinya mereka menghalang kemajuan umat Islam sehingga sanggup berdemonstrasi bagi menghalang pembinaan SAR.
No comments:
Post a Comment