Terkejut juga Pisau Kedah membaca artikel dari sahabat Pisau Kedah, blogger Keris 7 Lok di sini.
Apakah persoalan yang di timbulkan sahabat Pisau Kedah hanyalah satu rekaan ?
Setelah Pisau Kedah membaca artikel terbabit, persoalan yang di timbulkan sahabat Pisau Kedah bukannya satu rekaan, tapi ianya satu kebenaran.
Ahli PAS seluruh Malaysia ada menjangkau 1 juta namun pada perhimpunan oren yang lalu walaupun dikerah oleh pemimpin mereka, yang hadir tidak sampai 2000 orang. Kalau dah keluar surat arahan daripada pucuk pimpinan kepada bahagian dan cawangan PAS, mengapa hanya itu bilangan yang hadir?
Lihat bagaimana arahan yang ditulis melalui gambar diatas. Satu arahan serius bagi mewajibkan ahli PAS untuk pergi ke perhimpunan oren. GAGAL! Inilah buktinya orang PAS sendiri sudah tidak mahu lagi melayan kerenah poltik bodoh pemimpin PAS yang dikawal oleh DAP. Inilah bukti mereka akan tewas pada pilihanraya akan datang. Kuasa arahan seorang Setiausaha Agung PAS juga tiada makna lagi.
Menurut rakan Keris yang bekerja di pejabat PAS satu parlimen ini. Katanya kerana gagal pada perhimpunan oren yang lepas, Mustafa Ali sedang ditekan oleh pimpinan pusat dan mungkin dia akan dipaksa untuk letak jawatan. Mustafa Ali tengah cuba menepis tapi bukti kegagalan arahan kuasa seorang Setiausaha Agung PAS membuatkan kredibilitinya tercabar. Mungkin dia sudah tidak layak lagi menyandang jawatan tersebut.
Ada satu kumpulan dalam PAS memang nak jatuhkan puak anwarinnas dalam PAS dan ini merupakan salah satu peluang buat mereka. Dengarnya lagi ada beberapa nama sudah disenaraikan untuk menggantikan Mustafa Ali bagi jawatan Setiausaha Agung PAS. Tunggu je bro!
K7L : Ke pimpinan PAS Pusat mula singkirkan puak anwarinnas?
No comments:
Post a Comment