pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 16, 2012

Cerita panas dari Kedah !!! tak sampai 2 jam saja sidang dun berlangsung Azizan Razak dah hilang teloq. #TukarKedah



Benarlah apa yang selalu orang kata, hanya yang membuat kesalahan sahaja yang tak ada teloq untuk berhadapan dengan kenyataan.


Siang tadi pentadbiran kerajaan pimpinan Azizan Razak telah mencipta sejarah baru dalam politik Kedah apabila Azizan and the geng tak ada teloq dengan menghadkan Sidang Dewan Undang Negeri  tidak sampai 2 jam setelah kerajaan negeri berhadapan dengan pelbagai permasalahan pentadbiran.

Anggota Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional menempelak kerajaan PAS kerana gagal menjelaskan isu berkaitan kepentingan rakyat pada persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini, yang hanya berlangsung kira-kira 90 minit. 
Banyak isu seperti masalah Kuin, pembalakan, pusat hiburan tidak sempat dijawab kerana soalan itu tidak diberi keutamaan kerana diletakkan dibahagian ke belakang senarai soalan. 
ADUN Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata persidangan dewan sepatutnya dipanjangkan supaya lebih banyak soalan dapat dijawab. 
“Ini hanya lima soalan dapat dijawab, banyak soalan yang penting melibatkan isu sensitif berkaitan beberapa perkara tidak sempat dijawab kerana soalan itu sengaja diletakkan di bahagian belakang,” katanya pada sidang media bersama ADUN Basiran Nasional yang lain. 
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata walaupun ADUN BN sudah kerap kali menyuarakan cadangan supaya masa persidangan di tambah, kerajaan negeri masih bersikap tidak ambil peduli tentang cadangan berkenaan. 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang juga ADUN Pedu berkata soalan beliau mengenai KUIN tidak sempat dijawab. 
Katanya banyak isu yang belum selesai mengenai KUIN dan beliau berharap dapat mendengar penjelasan kerajaan negeri tentang pelbagai masalah yang sering dibangkitkan tentang institusi pendidikan tinggi milik kerajaan negeri Kedah itu. 
“Malangnya kerajaan negeri tidak berminat menjawab soalan yang kita bangkitkan berkenaan KUIN,” katanya, sambil menyatakan kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak pada sidang media bahawa isu KUIN telah selesai adalah tidak tepat. 
“Isu KUIN tidak selesai, masih banyak masalah pembayaran gaji, kenaikan gaji, potongan gaji yang tidak dibayar kepada Bank, KWSP, kursus yang tidak ada dan kurang penuntut, gaji yang dibayar terlalu tinggi kepada individu tertentu dan pelbagai masalah lain,” kata Mahdzir. 
“Azizan kata selesai sebab hari ini berlangsung sidang DUN, jadi mereka selesai sedikit seperti soal gaji tetapi tidak selesai sepenuhnya,” katanya- Portal UMNO Kedah



Pisau Kedah :-


Tak sampai 2 jam bersidang apa permasalahan yang dapat pentadbiran kerajaan negeri selesaikan ??. Memang lawak la Azizan and The Geng.


Dulu Zaman BN sidang Dun di buat selama 3 hari. Dalam 3 hari pulak dewan akan bersidang dari pagi sampai ke petang bagi memberi ruang kepada pembangkang membahaskan apa yang kerajaan negeri terlepas pandang di dalam mentadbir dan pihak kerajaan negeri akan menjawap persoalan yang di timbulkan pembangkang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog