Dalam keasyikan Abby Abadi berada di pentas politik PAS sebenarnya telah menyebabkan permasalahan terhadap seorang perniaga yang sebelum ini telah melantik Abby Abadi sebagai duta di dalam mempromosi perniagaan tudung yang di miliki Al-Humairah Contemporay.
“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” memetik dari laman sosial Twitter milik Abby yang didakwa sebagai kenyataan pemilik Al-Humaira Contemporary, Hani Elia.
Mengikut maklumat yang di perolehi, mengikut perjanjian Abby Abadi telah menjadi duta kepada Al-Humaira Contemporary pada Mei 2012 yang lalu.
Namun di sebabkan sikap Abby Abadi yang agak agresif di atas pentas politik PR telah mendatangkan kemudaratan kepada perniagaan yang di mana Abby Abadi telah menjadi dutanya.
Lantas perniaga terbabit terpaksa membatalkan kontrak Abby Abadi sebagai duta berkuat kuasa pada 4 Julai lalu kerana mengalami kemerosotan setelah duta kepada perniagaan tudungnya yang agak agresif di atas pentas politik.
Setelah kontrak Abby Abadi sebagai duta tebatal perniaga terbabit terpaksa berhadapan dengan tomahan yang di lemparkan media maya PR. Malahan ada blogger menghasut supaya perniaga terbabit di boikot
Hasutan ini, Pisau Kedah ambil dari sebuah blog PAS (KedahLanie) yang mengakui mereka memperjuangkan Islam . Dari penulisan blogger terbabit ternyata blogger terbabit mempunyai hati yang cukup busuk tak dapat membezakan di antara perniagaan dan politik.
Ternyata melalui penulisan blogger terbabit, mencerminkan sikap hasad dengki yang berada dalam hatinya apabila merasa bangga sekiranya perniagaan Al Humaira Contemporary di tutup kerana membatalkan kontrak Abby Abadi.
Hanya kerana seorang artis wanita yang di ragui ketulusan perjuangan Islamnya itu masuk dalam arena politik PAS, Apakah dengan bersikap berhasad dengki, blogger terbabit layak di gelar perjuang Islam. Sedangkan perniaga terbabit yang hendak di boikot juga beragama Islam.
Kini PAS lebih memuja artis yang berada bersama mereka berbanding memuja para ulama PAS sehinggakan para Ulama PAS seperti Tok Guru Harun Din, Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Nasharudin Mat Isa di ketepikan.
Hakikat ini sebenarnya yang telah terjadi di dalam PAS yang sudah hilang arah pedoman setelah tamak dengan kuasa untuk menguasai Putrajaya bersama Pakatan Haram.
No comments:
Post a Comment