pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, July 27, 2012

Panas !!! Fobia Dengan Tema Hari Merdeka, Pakatan Haram ‘Ugut’ Kerajaan

PR gesa Pusat tukar tema Hari Kebangsaan

Fobia Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya benar-benar kronik.  PR bersungguh-sungguh cuba memastikan agar slogan tersebut kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan.  Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan.  

Untuk itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain.  Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi.  

Mustafa Ali juga mengakui bahawa ‘bila orang tengok saja tema ‘Janji Ditepati’ ini, mereka akan terus ingat kepada BN’.  

Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada ‘Janji Bukan Untuk diTepati’ supaya mengingatkan rakyat kepada PR?  

Pun begitu, siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan?  Siapakah PAS untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan?  Sedangkan di dalam PR sendiri pun PAS hanya melukut di tepi gantang. Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan?   

Lagipun, apa yang PAS faham dengan kemerdekaan?  Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP, adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk ‘menjajah’ Malaysia?  Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai kemerdekaan?  

Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema ‘Janji DiTepati’ ini.  Kata orang, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya, bukankah begitu?  

Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya.   Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana PAS memperbesarkannya.  

Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji.  

Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan, tetapi sikap PR itu sendiri.  Siapa suruh tidak tepati janji?  Takkanlah kerana PR tak mampu tepati janji maka BN pula yang salah dan tema Hari Kebangsaan perlu diubah?

Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.  

Oleh itu, ‘janji’ wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu ‘tanggungjawab’ atau ‘amanah’.   Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan.  

Maka jelaslah bahawa tema ‘Janji DiTepati’ adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji.  

Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.-Beruang Biru

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog