Gambar diambil dari laman rasmi Pemuda PAS Kelantan http://dppkelantan.pas.org.my/v2 semasa himpunan beliau yang dihadiri Amy Search.... Yang tidak ramai pun pengunjugnya.
Menurut maklumat dari rakan di Kelantan ( yang sedang disahihkan kebenarannya ) suami Abby Abadi dikhabarkan ialah Zaki Ibrahim. Selepas dicari ditemui gambar seperti yang anda dapat lihat di atas. Beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Kelantan. Seorang yang segak dan masih muda. Dikhabarkan juga beliau orang Husam Musa dan pernah mengkritik Nik Abduh seperti berita yang dapat dibaca di blog pembangkang di sini http://greenboc.blogspot.com/2009/05/umno-pas-nik-aziz-tiada-pembantu-sesat.html
Kita bukan mahu membuat fitnah di bulan Ramadhan yang mulia ini cuma mahukan kepastian perkara yang baik ini...Fitnah sesuatu tidak berlaku dan tidak benar serta dibenci oleh mangsanya. Manakala perkara yang penulis timbulkan ialah mahu kepastian berita baik yang tentu ditunggu dan diterima dengan baik juga oleh kita semua.
Tidak akan tumbang Kerajaan BN hanya kerana Abby menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup cuma kita mahukan punca mengapa beliau menyertai PAS. Jangan lupa Abby menafikan beliau akan menyertai PAS sebelum ini seperti skrin di bawah :
Semoga Abby Abadi atau Ustaz Zaki Ibrahim dapat membuat penafian atau pengesahan perkara ini.
Kita yakin tidak semudah itu Abby Abadi akan menyertai PAS kecuali ada sebab lain yang seperti berkahwin telah dilakukan untuk 'menggoda' beliau.
Jika dilihat raut wajah Zaki Ibrahim tidak jauh beza dengan pasangan Abby Abadi sebelum ini. Seperti Norman dan juga Zul Arifin.
Harap info ini dapat disahkan samada dengan penafian. Jika didiamkan maka mungkin benar gosip yang disampaikan kepada penulis dan marilah kita doakan Abby berbahagia dengan pasangan hidupnya dan diberi hidayah sentiasa.
Ingatlah sesungguhnya tidak akan masuk neraka mana-mana umat Islam yang tidak sertai PAS sebagai parti politiknya Kerana kita dinilai dengan iman dan takwa bukan keahlian atau undi semasa pilihanraya !!!
Fikirkanlah wahai pembaca semua...
Sumber :- Panglima Perang Cyber
Pisau Kedah :-
Di harap Abby Abadi dapat memperjelaskan perkara yang sebenar.
No comments:
Post a Comment