pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, July 27, 2012

Panas !!! Puak Otak Hijau gunakan Khutbah Jumaat untuk berpolitik mengfitnah Kerajaan Malaysia


Pisau Kedah ambil email ini yang telah di hantar kepada sahabat blogger Kedah Time mengisahkan bagimana sebuah Masjid di Sik di gunakan sebagai pentas politik puak otak hijau untuk menabur fitnah kepada Kerajaan Pusat.


CHEREDZA 
Sik, Kedah 
APAKAH peranan khutbah Jumaat untuk kepentingan politik semata-mata? Ini adalah persoalan yang saya fikirkan selepas selesai solat Jumaat minggu lalu di salah sebuah masjid di daerah Sik, Kedah.
Apakah patut dalam khutbah tersebut mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pengeksport judi terbesar di dunia dan adakah wajar mengatakan bahawa pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) adalah sebagai haram kerana mengenakan riba?

Inilah yang saya dengar antara isi khutbah yang mencuit hati saya sehingga saya rasa berdosa besar kepada Allah SWT. 
Ini kerana saya beranggapan khutbah itu seperti satu tuduhan kepada pihak kerajaan Barisan Nasional. Dan maka saya sebagai pegawai kerajaan saya rasa berdosa besar kerana membiarkan kerajaan dituduh dalam masjid tanpa kerajaan sendiri dapat mempertahankan diri mereka. 
Dan yang sedihnya, khatib itu juga adalah pegawai kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan Malaysia juga. 
Bukan tidak boleh mengkritik kerajaan tetapi mengapa di dalam khutbah Jumaat? Apakah kerajaan boleh menjawab tuduhan liarnya itu di dalam masjid? Bukankah negara kita ada pentas untuk membahaskan perkara tersebut di dalam parlimen dan dewan undangan negeri? Bahkan saya tidak kisah jika tuduhan itu dilemparkan di atas pentas semasa ceramah politik parti mereka. 
Tetapi kali ini saya rasa sedih kerana dibuat semasa khutbah Jumaat yang sepatutnya menggalakkan umat Islam bersatu-padu. Inilah tujuan utama khutbah Jumaat iaitu menyeru perpaduan kerana ia adalah asas Islam itu sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Setiap khatib dan yang membuat teks khutbah di Malaysia mempunyai amanah yang sangat besar untuk memelihara kekuatan ummah. Jangan memandai menokok tambah sehingga boleh mengelirukan orang ramai. Jika mereka tidak mampu memikul amanah tersebut, maka mereka hendaklah berundur. Ini adalah lebih baik daripada menanggung dosa besar iaitu fitnah-memfitnah dan amalan benci-membenci di dalam khutbah. 
Masalah umat Islam hari ini terlalu kompleks kerana mereka seperti merosakkan agama mereka sendiri akibat fahaman politik yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW. Nabi tidak pernah menganjurkan pakatan dengan orang kafir harbi untuk menghancurkan umat Islam ini yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Ia adalah satu keadaan yang jika dibiarkan boleh merosakkan Islam dan seluruh sendi kekuatannya. 
Lagipun dua negeri seperti Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh Pas bukanlah baik sangat pun. Apatah lagi seperti Selangor sebuah negeri paling kaya, tetapi kini dalam dakapan PKR, DAP dan Pas. 
Malah tidak keterlaluan saya katakan negeri-negeri tersebut seperti kelihatannya bagaikan perumpamaan sebuah labu sedang dibaiki oleh tikus. 
Rakyat hendak supaya buah labu semakin baik seperti harapan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, tetapi kini labunya sudah berlubang sana sini pula. Adakah labu seperti ini yang rakyat harapkan? 
Kesimpulannya, khutbah Jumaat tidak wajar jadi medan tuduh-menuduh dan medan menanam perasaan benci-membenci.


Cara puak otak hijau mengunakan Masjid sebagai pentas politik sememangnya tidak wajar di lakukan. Kerana Masjid di gunakan untuk penyatuan umat Islam.

Tak semua umat Islam di Malaysia yang mengunakan Masjid terutamanya pada sembahyang jumaat adalah dari kalangan penganut fahaman otak hijau. Kena ingat ada juga yang berada di atas pagar dan ada yang dari ahli UMNO.

Sekiranya Masjid di gunakan sebagai pentas politik. Maknanya ia akan membuat umat Islam berpecah kerana idologi politik masing-masing berbeza walau pun satu pegangan agama.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog