Al-Ruwaibidoh adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Parasahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik. Al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah juga menyatakan ianya sahih
"Sekiranya sesorang yang bercakap bukan dalam bidangnya,maka tunggulah saat kehancuran"
Siapa Fuziah Salleh untuk bercakap dalam bukan bidangnya..dia hanya menggunakan pentas politiknya untuk menabur fitnah,meraih sokongan dan mencari pengaruh politiknya dalam Pakatan Rakyat atau di dalam PKR
Lynas tak sepatutnya di politikan Fuziah.dan Fuziah seringkali memutarbelitkan fakta yang di beri Lynas
Inilah kenyataan dari seorang yang di dalam bidang kepakaranya
Dr Che Rosli Che Mat
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.” (Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Selangor)"
Fakta tentang Lynas
:- Maklumat Lynas adalah berdasarkan
Fakta Saintifik yang boleh di uji dan di bukti.
:- Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan bagi menyemak
laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar
:- Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan
untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri
Kilang Lynas TIDAK MERBAHAYA kepada orang awam,pesekitaran dan perkerja
::- Kilang Lynas BUKAN KILANG NUKLEAR..Ia hanya kilang kimia biasa
:- Mengikut undang-undang pengangkutan antarabangsa,bahan Lynas adalah BUKAN bahan
radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah
kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah
:- Dedahan radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT rendah (sila lihat perbandingan di bawah)
:- Perlepasan air dan udara dari kilang Lynas TIDAK ada bahan radioaktif
:- Kilang Lynas berteknoloji tinggi dan MEMATUHI undang-undang antarabangsa dan Malaysia
Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun hanyalah 0.002mSv
Apakah angka dedahan raduasi yang membahayakan manusia?
Undang-undang Malaysia dan antarabangsa
berhubung had dedahan radiasi kepada manusia
1) Orang Awam - tidak melebihi 1.0 mSv setahun
2) Pekerja sinaran - tidak melebihi 20mSv setahun
Lynas TIDAK SAMA dengan Asian Rare Earth (ARE),Bukit
Merah :
:- Bahan mentah kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah,iaitu tahi bijih
:- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan BAHAN BUANGAN.
:- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa
ARE Bukit Merah
:- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari
Lynas
:- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas
Kenapa Lynas memilih GEBENG ????
kenapa tidak Australia ?????
:- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia
:- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat di dapati tidak komersial kerana kos yang tinggi
dan kekurangan kemudahan asas seperti air,gas asli dan bahan kimia...
Surat kelulusan pembinaan di Australia di keluarkan oleh pihak kerajaan Australia
Kenapa tidak China???
:- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China
:- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk " logam nadir"
Surat kelulusan pembinaan di China di keluarkan oleh pihak kerajaan China
Kenapa tidak di Kemaman Terangganu ????
:- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman
:- Sementara menunggu tanah dari kerajaan negeri Terangganu,MIDA telah mencadangkan
Lynas bertukar ke kawasan Perindustrian Gebeng ,Kuantan
Surat kelulusan pembinaan di Terangganu di keluarkan oleh kerajaan Negeri Terangganu
Kenapa Gebeng Pahang??????
:- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng
:- Kemudahan Pelabuhan yang berdekatan
:- Bekalan gas asli yang sedia ada
:- Bekalan bahan Kimia yang sedia ada
:- Bekalan air yang mencukupi
:- Wujud tenaga kerja mahir
:- Kos operasi yang kompetitif secara global
Surat kelulusan pembinaan di Pahang di keluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang
Pengurusan Bahan sisa
:- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sanggat rendah dan tidak merbahayakan
pada orang awam,alam sekitar dan pekerja
:- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah TERAMAT RENDAH (sila rujuk di
atas)
:- Walaupun bahan sisa ini tidak merbahaya,pihak berkuasa mewajibkan ia di simpan di tempat khas
sama sepertu industri-industri kimia yang lain.
:- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa
:- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk membuat jalan
Pengurusan Bahan Sisa- Senario Terburuk
Senario terburuk adalah JIKA bahan sisa ini tidak dapat di guna pakai semula
Ianya boleh di tangani dengan salah satu daripada cara berikut
:- Bahan sisa ini akan di cairkan (dilute) dengan bahan lain atau tanah biasa untuk menjadikan bahan
bukan radioaktif (takrif antarabangsa kurang dari 1 Bq / g adalah bahan bukan radioaktif).Bahan
campuran ini boleh di gunakan untuk apa-apa aplikasi yang berfaedah
atau
:- Bahan sisa ini akan di simpan dengan selamat di tempat simpanan sisa kekal yang di rekabentuk
mengikut standard antarabangsa setelah mendapat kelulusan AELB dan DOE
Pelepasan Udara
:- Lynas mempunyai Waste Gas Treatment System yang mempunyai 5 peringkat tapisan untuk
memastikan pelepasan udara adalah selamat
:- Tahap radioaktifyang di keluarkan adalah amat rendah sehingga sukar di kesan
:- Bahan-bahan yang di proses di Lynas tidak mengandungi Uranium (Tidak Boleh Di Ukur)
:- Ianya mengandungi Thorium yang mempunyai kadar radioaktif yang amat rendah.
:- Di sebabkan kadar radio aktif Thorium yang amat rendah,maka gas Thoron (yang mempunyai
jangka separuh hayat hanya 55.6 saat) yang di hasilkan juga amat rendah
:- Pendedahan radiasi di pinggir pagar kilang Lynas adalah 0.002mSv setahun (berbanding menonton
TV selama 4 jam sehari selama setahun yang memberi radiasi 10 kali lebih tinggi)
:- Untuk mengesahkan dan memantau kualiti pelepasan udara .Lynas telah memasang Airborne
Monitoring System (AMS) di tapak kilang dan akan memasang satu unit di bandar Kuantan
Pelepasan Air
:- Proses Lynas akan membuatkan Thorium tidak larut dalam air
:- Thorium di dalam bentuk pepejal akan di tapis oleh Filter Press
:- Air yang di asingkan tidak mengandungi Thorium dan Air ini akan di rawat di Waste Water
Treatment Plant
:- Air yang telah di rawat tidak mengandungi bahan-bahan radioaktif serta memenuhi 32 parameter
yang di tetapkan oleh DOE sebelum di lepaskan ke Sungai Balok
:- Kualiti air yang telah di rawat memenuhi piawaian World Health Organization (WHO)
Selain China,kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain
A :- Prosesan sepenuh
:- Molycorp di California,Amerika Syarikat
:- Indian Rare Earth di India
:- Solikampsk di Russia & Silmet di Estonia (Eropah)
B :- Prosesan separa
:- Rhodia di Perancis
:- Shin Etsu di Jepun
:- Nippon Yttrium di Jepun
C :- Kilang-kilang dalam perancangan
:- Arafura di Whayalla Australia
:- Great Western Minerals di Steenkampskraal South Afrika
:- Avalon Rare Metal di Thor Lake Canada
:- Alkane di Dubbo New South Wales Australia
Faedah
Pelaburan dan kewangan
:- Pelaburan langsung asing (FDI) dengan modal RM2.3 Bilion
:- Fasa pertama - modal pelaburan sebanyak RM1.318 Bilion.RM618 juta di belanjakan di Malaysia
termasuk RM235 juta yang di berikan kepada kontrakor di Kuantan
:- Fasa kedua - Modal pelaburan ialah RM700 juta di mana 50% akan di belanjakan di Malaysia
:- Kos operasi ialah RM400 juta setahun / (RM600 juta mulai dari 2013)
_ Servis luar -Pengangkutan , penyelengaraan
_ Tenaga kerja - keselamatan , mekanikal , elektrikal , sivil , gudang dan proses
Tenaga Keraja
:- Lynas akan mengambil 350 pekerja,terdiri dari 75 Ijazah teknikal,15 Ijazah bukan teknikal,dan 260
tenaga mahir dan separa mahir
:- 250 orang pekerja kontrak yang tetap
:- 100% Kakitangan Lynas Malaysia termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali
4 pakar Nadir bumi dari Negara China.
:- Industri sokongan akan menjana 1000 peluang pekerjaan tambahan
:- Lynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia,Perancis yang telah mengendalikan logi nadir
bumi semenjak tahun 60an
Fasa pembinaan
:- Lebih 2000 orang di ambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan.
:- Menyediakan peluang perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan
Aktiviti Perintis
:- Besar kemungkinan,syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang
di Malaysia seperti
- Magnet Rare Eart - Siemens telah menanda tangani kerjasama dengan Lynas untuk
mendirikan kilang magnet dengan anggaran pelaburan - RM500 juta
(produk Teknologi Hijau)
- Hybrid vehicle
- Catalytic converters
- Polising powder
- Flat Panel Display
- Ceramic capacitors
- Compact fluorescent light
- Fuel cells
- NiMH batteries
Lesen Lembaga tenaga Atom Malaysia bagi Lynas Gebeng