pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, July 27, 2012

Tahniah !!! Zed Zaidi di kurniakan anak lelaki @rozaidijamil



Isteri Zed Zaidi lahir bayi lelaki. Tahniah diucapkan kepada pelakon Zed Zaidi apabila isteri beliau, Natalia selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Pusat Perubatan Tropicana kira - kira pukul 9.30 pagi Jumaat.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32 berkata anaknya diberi nama Ryan Ziqry dilahirkan seberat 4.32 kilogram.

"Ikutkan isteri saya nak bersalin secara normal tetapi doktor menasihatkan untuk melakukan pembedahan kerana saiz bayi terlalu besar. Bagaimanapun syukur Alhamdulillah semuanya telah selamat dan keadaan isteri juga baik," 

"Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata." ujarnya.

Sementara itu, Zed Zaidi menganggap kelahiran Ryan Ziqry pada bulan mulia ini adalah satu keberkatan bagi dia dan sekeluarga pada bulan Ramadhan.



Sumber :-Gosip Rakyat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog