pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, July 19, 2012

Panas !!! Harakah Daily menyerang Team Media Kedah demi mempertahankan fitnah yang di lemparkan.



Mengemparkan apabila Harakah Daily memetik satu blog totok PAS Kedah mengatakan Team Media kedah mengunakan modius operandi dari APCO.



Pisau Kedah hairan la macam mana la Harakah Daily boleh memetik artikel dari blog yang sah-sah menipu di dalam mengfitnah cybertrooper UMNO mendapat tunjuk ajar dari APCO di Janda Baik.

Sebagai lidah rasmi sebuah parti politik, Harakah Daily sepatutnya menjaga imejnya, bukannya copy paste satu artikel yang sah-sah tak ada bukti mengaitkan cybertooper UMNO dengan APCO. 

Jika Blogger yang Harakah Daily ambil artikel tu merupakan bekas cybertrooper UMNO yang di katakan mendapat tunjuk ajar di Janda Baik, pasti blogger terbabit boleh mendedahkan secara detail bagaimana program itu. Namun blogger terbabit hanya mengaku sahaja biasa mengikuti program tanpa ada bukti yang boleh meyakinkan progarm itu di adakan. Malahan sekeping gambar pun tak di tunjukan gambar program berkenaan.

Pisau Kedah tertanya-tanya juga, di mana progaram itu di adakan di Janda Baik ? kalau KEM ILMU yang di maksudkan blogger terbabit, Pisau Kedah nak menyarankan la UMNO mengambil tindakan menyaman blogger terbabit dengan check no IP modemnya bukan nak susah pun. Lepas tu saman Harakah Daily pulak apabila mengeluarkan cerita yang mengfitnah tanpa usul periksa dahulu

Satu lagi yang Pisau Kedah pelik dengan artikel ini dan sah-sah boleh mengatakan mengfitnah, apabila awal-awalnya mengatakan strategi yang di tunjuk ajar adalah startegi APCO, tapi di akhirnya pulak dia mengatakan strategi di ajar DR Novandri. 

Yang mana satu betul ni ?

Kalau semua nak tahu kenapa blog terbabit meroyan dengan Team Media Kedah?

Team Media Kedah kini banyak menyerang Kerajaan Negeri pentadbiran PAS. Malahan isu yang di bongkarkan Team Media Kedah panas di perkatakan sehinggakan tak termampu PAS nak menjawapnya dan sering terkantoi.

Isu yang PAS Kedah kantoi adalah isu balak. Apabila PAS Kedah tak termampu membuktikan permit EIA dari JAS yang menyatakan mereka mempunyai permit berkenaan seperti apa yang di akui Azizan Razak dan CEO PMBKed. 

Sehingga ke hari ini hanya proposal sahaja yang berjaya di tunjukan Kerajaan Negeri melalui sidang akhbar yang di lakukan CEO PMBKed dan bukannya permit EIA yang sebenar dari Jabatan Alam Sekitar walau pun mendakwa mereka ada permit EIA.

Terbaru isu yang membuat PAS Kedah kantoi adalah isu pusat hiburan House Bar. Blogger terbabit menuduh   blogger Team Media Kedah kaki Danok dan mengunakan gambar yang di ambil dari pusat hiburan Danok dan menuduh ianya berlaku di Aloq Setar bagi memperburukan PAS Kedah.Tapi akhirnya ramai yang akui ianya berlaku di Aloq Setar.

Setelah itu blogger terbabit menyedari dia tak mampu menafikan gambar yang telah di buktikan, blogger terbabit menyalahkan pihak berkuasa pulak kerana gagal memantau pusat hiburan terbabit yang menyediakan tarian separuh bogel, Tapi hakikatnya pada awalnya sudah sah-sah menuduh Team Media Kedah kaki Danok

Ternyata tindakan cybertooper PAS Kedah sekarang menunjukan mereka dalam keadaan terdesak. Dalam terdesak.. mereka terpaksa mengunakan prinsip Matlamat Menghalalkan Cara.. Sebab tu cybertrooper PAS terpaksa mengfitnah demi matlamat mereka menuju Putrajaya.

1 comment:

Anonymous said...

SIKIT SIKIT APCO, SIKIT SIKIT APCO....APA APCO TU KEPALA BAPAK TOK WAN DEPA KA???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog