pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 23, 2012

SAH !!! Balak Gunung Inas dan Pedu tak ada permit EIA dari Jabatan Alam Sekitar.

Kawasan Pembalakan Pedu, Padang Terap yang di gondolkan Azizan Razak
Kawasan Pembalakan Gunung Inas, Baling yang di gondolkan Azizan Razak.




Azizan Razak tidak boleh menafikan lagi dengan pembalakan yang di lakukan di Gunung Inas, Baling dan Pedu, Padang Terap tidak mempunyai permit EIA dari Jabatan Alam Sekitar kerana ianya di akui sendiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas dan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Halimah Hassan.
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata aktiviti pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas berhampiran Baling, Kedah telah dihentikan. 
Katanya aktiviti pembalakan akan terhenti sehingga Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diserahkan. 
Douglas berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sisa dan Pameran 2012 di sini, Khamis. 
Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Halimah Hassan berkata pihak berkaitan aktiviti pembalakan itu sudah menyerahkan EIA namun ditolak.
"Jabatan Perhutanan memberitahu bahawa kerja-kerja berkenaan telah berhenti dan EIA tidak dikeluarkan," katanya. 
Beliau menambah EIA diperlukan untuk dua jenis aktiviti pembersihan tanah.
"Ia diperlukan untuk aktiviti pembalakan di atas tanah 500 hektar dan ke atas. Selain itu dalam kes-kes yang melibatkan perubahan status dalam penggunaan tanah, EIA diperlukan bagi projek-projek yang melibatkan kawasan lebih daripada 50 hektar," kata Halimah. 
Dalam pada itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Sayuti Sepeai juga berkata EIA Gunung Inas telah ditolak. 
"Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah mengemukakan permohonan tetapi ditolak kerana ia tidak layak untuk menjalankan pembalakan yang luas di kawasan itu," katanya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, untuk pembalakan di Pedu, EIA tidak pernah dipohon. 
Sebelum ini The Star melaporkan bahawa kira-kira 5,000 hektar tanah di Baling dan Pedu telah dibersihkan sejak pertengahan 2011 untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek Ladang Sejahtera. 
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pembalakan di rizab hutan di Pedu, Jeniang dan Baling dilaksanakan mengikut garis peraturan dan panduan yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara.mStar

 Dalam pengakuan Azizan Razak mengatakan pembalakan yang di lakukan mengikut garis peraturan  dan panduan yang di tetapkan Dasar Perhutanan Negara, Azizan Razak telah menafikan hak rakyat Kedah yang mahukan Alam Sekitar terjaga dan terjamin untuk generasi akan datang.


Jika dilihat pembalakan yang dilakukan kini di Kedah cukup tidak terkawal. Hutan Simpan di gondolkan sesuka hati demi mendapatkan duit dengan mudah. 


Sebab tu PAS Kedah merasa bangga dengan hasil balak yang di perolehi meningkat berkali ganda semenjak mentadbir Kedah, balak yang di ambil dah tak terkawal sehingga merosakan alam sekitar


Ianya berbeza dari zaman BN memerintah yang mendapat hasil balak yang sedikit tetapi alam sekitar terjaga dengan kawalan pembalakan yang di lakuakan demi kebaikan rakyat di Kedah dapat menikmati alam sekitar dan kehijauan hutan-hutan di Kedah



Video-video berkaitan pembalakan Gunung Inas

Pengakuan Pegawai Perhutanan, Permit EIA dari Jabatan Alam sekitar
belum ada sedangkan projek pembalakan telah di laksanakan





Kemarahan penduduk Kampung terhadap pembalakan di Gunung Inas
yang membawa masalah kepada mereka







Bukti Alam Sekitar kawasan Pembalakan Gunung Inas 
telah di rosakan akibat pembalakan yang tidak terkawal


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog