pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, March 24, 2012

Panas!!! PKR Merbok tak perlukan undi kaum india??

Cerita mengenai seorang Ahli Parlimen PKR Merbok Kedah, Rashid Din yang mengeluarkan kenyataan menghina kaum India, bagi Team Media Kedah kenyataan itu amatlah berani dan bersifat menghina. Berani kerana, mangkuk tu mengatakan bahawa PKR tidak memerlukan undi India untuk menang PRU ke 13 nanti. Menghina pulak, beliau seolah-olah memperkecilkan kewujudan kaum India bagaikan tidak mempergaruhi undi pada PRU ke 13 nanti.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut apabila beliau diminta untuk mengulas kenapa MPSP merobohkan sebuah kuil di kawasan Merbok, apakah beliau tidak takut kaum India akan memboikot undi kepada PKR jika Kuil mereka di robohkan.

Dengan angkuh dan sombong beliau berkata bahawa PKR Kedah tidak memerlukan sokongan kaum India untuk menang pada PRU ke 13 ini.Malah beliau tidak takut untuk merobohkan Kuil India sekalipun mendapat bantahan dari penduduk India sekitar Merbok.

Nampaknya beliau sangat sombong dan tidak sensitif akan permasalahan kaum. Sifat berlagak dan angkuh begini harus di ajar pada PRU ke 13 kelak.

PADA KAUM INDIA, JANGAN UNDI LANGSUNG PKR PADA PRU YANG AKAN DATANG MEREKA KERANA TIDAK MEMERLUKANNYA, MEREKA KATA, PKR BOLEH MENANG TANPA SEBARANG UNDI DARI KAUM INDIA!!

Jikalau ada kaum India yang masih menyokong PKR dan mengundinya. Team Media Kedah rasa, India ni mesti tidak boleh berfikir dengan waras. Sampai orang tak nak pun, depa terhegeh-hegeh nak undi jugak.

Utusan-

PKR tak perlu sokongan masyarakat India?

SUNGAI PETANI 22 Mac - Seorang ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat India di negeri ini apabila menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan parti itu tidak memerlukan sokongan daripada kaum tersebut.

Wakil rakyat terbabit, Datuk Rashid Din yang merupakan Ahli Parlimen Merbok dikatakan telah menghantar satu SMS berbunyi "Pakatan Rakyat tak berapa harap undi India" kepada Setiausaha Persatuan Penyokong-penyokong Kuil Sri Sitti Vinayagar Sungai Petani, V. Kumaraguru baru-baru ini.

Kumaraguru mendakwa, isu tersebut tercetus selepas dia membuat aduan kepada Rashid melalui SMS berhubung tindakan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan sebuah kuil kecil di hadapan rumah seorang penduduk di Taman Patani Jaya di sini pada 18 Mac lalu.

"Saya telah hantar SMS kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan salinan kepada Rashid dan pegawai Menteri Besar serta seorang Ahli Majlis MPSPK pada awal pagi 18 Mac lalu.

"Tujuan saya menghantar SMS itu adalah untuk meminta penjelasan dan menyatakan kekecewaan berhubung tindakan meroboh kuil tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Peniaga itu berkata, tidak lama selepas itu, Rashid telah membalas SMS berkenaan dan menyatakan seolah-olah isu kuil tersebut adalah remeh serta tidak perlu diperbesar-besarkan."Saya kemudian berbalas-balas SMS dengan beliau sehingga sampai satu peringkat Rashid telah menghantar SMS berbunyi Pakatan Rakyat tak berapa harap undi India," katanya.

Sementara itu, Rashid tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mencabar Rashid memberi penjelasan berhubung penyebaran SMS itu."Sekiranya kenyataan itu tidak benar, beliau harus tampil menafikannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pisau Kedah:-

Penghinaan PKR pada Kaum India.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog