pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, March 22, 2012

Panas !!! Anwar membela penghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W


Hadiri sidang antarabangsa

bersama Salman Rushdie

KUALA LUMPUR 19 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di persidangan India Today Conclave pada 16 dan 17 Mac lalu yang turut disertai penulis buku kontroversi, Salman Rushdie.
Malah, pada persidangan itu, beliau turut menyampaikan ceramah bertajuk 'Dari Diktator ke Demokrasi: Kejayaan Rakyat' manakala Salman menyampaikan ceramah bertajuk 'Merdeka: Saya Adalah Saya dan Itulah Saya'.
Mengikut jadual persidangan pula, Anwar dan Salman masing-masing telah menyampaikan ceramah pada 16 Mac.
Terdahulu dalam Twitternya, Anwar memberitahu beliau serta isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan datang ke persidangan itu sebagai membantah kehadiran Salman yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Laporan mengenai kehadiran Anwar itu didedahkan blog antarabangsa dan juga blog tempatan antaranya, rbfonline.net dan pisau.net.
Satu-satunya ahli panel yang memboikot persidangan tersebut adalah bekas pemain kriket Pakistan yang kini menceburi dunia politik, Imran Khan kerana beliau membantah kehadiran Salman.
Pada tahun 1988, Salman menerbitkan buku Satanic Verses dan antara kandungannya, beliau mendakwa, wahyu kepada Rasulullah dihantar syaitan sebelum Baginda menyampaikan sebagai ayat atau surah dalam al-Quran.
Salman juga mendakwa Mekah adalah pusat pelacuran yang diuruskan oleh isteri-isteri Rasulullah dan panglima perang Islam yang berjaya membebaskan Baitulmuqaddis semasa Perang Salib sebagai syaitan.
Tindakan itu mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia sehingga banyak pihak memfatwakan Salman halal dibunuh tetapi penulis biadap tersebut kemudian diberi perlindungan oleh Britian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog