pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, March 20, 2012

Panas!!! PAS pro Azizan membuat undi tidak percaya pada parasit Phahrolrazi,membuatkan Mensyuarat kecoh seketika

Team Media Kedah cuma nak beritahu apa yang terjadi pada mesyuarat Pas Kedah 2 hari lepas. Nampaknya 'gerakan bawah tanah' yang di lakukan oleh Phahrolrazi and the geng, sudah dapat dibaca oleh para penyokong Azizan dan pencinta kedamaian dalam parti Pas.

Pas kawasan sebulat suara membuat usul untuk memecat Phahrolrazi dan konco-konconya dari Pas Kedah sekaligus mengorbankan segala jawatan yang beliau ada. Apabila usul itu dibuat, agak kecoh sebenarnya keadaan dalam biik tersebut.

Namun disebabkan Ustaz Azizan, usul pemecatan parasit Pas Kedah itu ditolak. Ustaz Azizan yang menolak usul dari Pas kawasan. Kalau tidak dah lama Phahrolrazi dan konco-konconya jadi arwah.

Team Media Kedah percaya, orang-orang parasit Pas ini tidak akan berdiam diri. Mereka akan terus berusaha untuk menjatuhkan Azizan sebagai MB.Semua orang tahu, punca pergaduhan dan perselisihan ini berlaku apabila Azizan memberikan kontrak kepada kontraktor pro UMNO. Kontrak yang berharga rm600juta.

Dari situ, berturut-turut kisah bersiri perselisihan faham antara kedua-duanya.Sapa kata orang Pas hanya fokus akhirat, kalau dak depa tak bergaduh la sesama sendiri, sampai nak runtuh kerajaan negeri.

Mungkin la ada orang Pas yang benar-benar utamakan Islam. Tapi lagi ramai yang gunakan politik Islam untuk kepentingan diri sendiri. Politik cari makan!! Dulu dok kata kat UMNO, lanih depa pun sama saja.

Pisau Kedah :-

Selagi parasit masih berada dalam PAS,sampai bila pun PAS Kedah akan tetap berkocak selagi di biarkan parasit Anwarinas berada di dalam parti,parasit Anwarinas memang bahaya di dalam parti mana-mana pun,seperti dalam UMNO Tok Sheikh Kadiaq merupakan parasit Anwarinas,kelmarin meletak jawatan dalam UMNO,dan sepatutnya dia meletak jawatan lebih awal lagi.

ikuti luahan cybertrooper PAS Kedah :-

Hipokrasi dan sandiwara kepimpinan PAS Kedah turut dikritik hebat oleh cybertroopers mereka sendiri. Kritikan tersebut sudah tentu melambangkan satu tahap yang sudah memualkan pro-pembangkang apabila melihat aksi sumbang pemimpin-pemimpin mereka.Anda baca artikel pro-pembangkang ini :

Entah bila la nak selesainya krisis kat Kedah ni. Ingatkan bila hampir seluruh pimpinan PAS Pusat turun ke Kedah tu boleh la selesaikan masalah, rupa-rupanya masih belum selesai lagi.

Aku malas nak ulas panjang-panjang cuma aku nak bagi nasihat sikit kat Hj Phahrolrazi.Sudah-sudah la tu, tak payah la panjangkan lagi krisis tu. Kalau ada benda tak puas hati pun, cuba-cuba la simpan dalam hati.Kenyataan macam tu tak payah la didedahkan kat media.

Tindakan Pemuda PAS Negeri tu depa buat dalam mesyuarat tertutup, tak payah la didedahkan rahsia mesyuarat.Kalau ada CELAKA yang dah buka pun,tak payah la Tuan Haji pun tumpang sama jadi CELAKA.Tindakan tu bukan saja akan mencelakakan PAS tapi akan mencelakakan Tuan Haji sendiri. Boleh timbulkan persepsi yang Tuan Haji tak ikhlas terima keputusan PAS Pusat hari tu.Langsung tak sesuai kalau betul Tuan Haji gunakan ayat macam yang dilaporkan Berita Harian tu. Apa perlu kenyataan macam tu keluar dari mulut Tuan Haji?Banyak lagi cara nak jawab soalan dari wartawan macam tu. Pasai apa pulak Tuan Haji pilih untuk 'berperang' dengan Dewan pemuda pula.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog