pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, March 15, 2012

Panas!!! Jawatankuasa Pemandu PAS pencabul.

Bagai di kata la kekalutan di dalam PAS Kedah adalah hasil kejayaan Anwarinas yang telah serap di dalam PAS,kejayaan ini telah membuat PAS Pusat dalam keadaan serba salah,bak kata perpatah "di telan mati emak,di luah mati bapak,,memilih satu antara dua pilihan,sama ada mahukan undi atau mahu memperjuangkan Islam.

Di Kedah PAS Pusat memilih kepentingan Undi.sehingga sanggup mencabul amalan federalisme,"Hak Mutlak" pemimpin pentadbir yang di anugerahkan Sultan Kedah kepada Menteri Besar langsung tidak di hormati PAS Pusat,,kewujudan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat amatlah tidak wajar sama sekali,kewujudan Jawatankuasa menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri adalah untuk memberi ruang kepada orang lain memasuki urusan pentadbiran kerajaan negeri,,ianya sudah melanggar hak rakyat Kedah..

Sumber Utusan Malaysia

Pas cabul amalan federalisme

KUALA LUMPUR 14 Mac - Seorang ahli Parlimen membidas tindakan pembangkang khususnya Pas yang jelas mencabul amalan federalisme apabila mencampuri urusan pentadbiran negeri Kedah melalui penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemandu di peringkat Pas Pusat.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ketika mencelah memberi mesej yang cukup ringkas, padat dan jelas berhubung isu berkenaan dengan menyatakan; ''Federalisme dicabul, negeri berdaulat diambil kuasanya."
Khairy bangkit membuat kenyataan tersebut selepas Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dengan sewenang-wenangnya menuduh Kerajaan Pusat tidak menghormati konsep federalisme yang selama ini menjadi teras pemerintahan negara.

Celahan itu dibuat semasa Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Pisau Kedah:-

Hak rakyat Kedah,menentang Pemanduan dari PAS pusat terhadap Menteri Besar Kedah,ianya mencabuli hak negeri dan menderhaka pada Sultan Kedah.rakyat Kedah patut sedar perkara ini.Rakyat Kedah langsung tak di hormati oleh PAS Pusat..PAS Pusat menghina rakyat Kedah dengan campur tangan urusan pentadbiran kerajaan Negeri.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog