pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, October 12, 2011

TUDIAA!! Pas Bankrupkan Negeri Kedah!!


Azizan Razak (Menteri Besar PAS Kedah) telah membentangkan belanjawan negeri Kedah untuk 2011 pada 14 November 2010. Belanjawan hanya dibentang dalam masa kurang setengah jam. Cepatnya bentang bajet. Sampai terlupa bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat. Jumlah Bajet 2011 adalah sejumlah RM 887,931,019.

Anggaran hasil adalah sejumlah RM521,583,480. Namun apa yang pelik adalah Azizan Razak hanya menyatakan defisit belanjawan untuk 2011 adalah hanya 19 juta sahaja. Kalau ditolak nilai jumlah bajet dan hasil, jumlahnya adalah RM347 juta. Mengapa PAS Kedah cuba berselindung dari segi angka ini? Ini bukti kerajaan PAS Kedah tidak cekap mentadbir negeri.

Negeri berkebajikan cara PAS ini telah mengalami defisit bajet selama tiga tahun berturut turut. Pada tahun 2009, defisit sejumlah RM17.53 juta, kemudian pada tahun kedua PAS memerintah defisit lagi sejumlah RM16.1 juta dan pada tahun 2011 lebih teruk lagi dengan defisit sejumlah RM347 juta. Peningkatan defisit sejumlah RM330.9 juta defisit.

Apa sudah jadi dengan PAS Kedah? Membawa negeri Kedah menjadi sebuah negeri yang bankrup. Inilah harapan pakatan pembangkang, di Selangor pun mereka tadbir menjadi defisit kemudian Kedah lebih teruk lagi. Patutlah Khalid Ibrahim dan Azizan Razak diminta berundur kedua-duanya daripada jawatan Menteri Besar. Rakyat kena tipu dengan janji kosong, duit hilang entah ke mana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog