pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, October 13, 2012

Sila Ambil Perhatian !!! Kini Gerakan Murtad Menyasarkan Hospital Sebagai Tempat Beroperasi Untuk Menyesatkan Umat Islam




Kuala Lumpur: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa gerakan memurtadkan umat Islam negara ini kini semakin agresif, termasuk dengan menjadikan premis awam seperti hospital sebagai kawasan sasaran.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), A Karim Omar, di sini, semalam. Katanya, gerakan itu menyasarkan umat Islam yang kurang berkemampuan dan mempunyai masalah sosial sebagai sasaran mereka, selain pesakit dalam wad yang tidak berkeluarga atau keseorangan. 
Beliau berkata, antara kaedah diguna untuk meracuni pemikiran golongan sasaran mereka termasuk memberi kaunseling kepada individu bermasalah dan bantuan kebajikan.


Pergerakan cukup halus
“Pergerakan mereka cukup halus... cukup tertib sehingga kita tidak menyangka di sebalik bantuan dihulurkan ada terselit dusta dan ajaran agama lain. Kebanyakan individu yang didekati pula memang memerlukan tempat untuk berkongsi masalah.

“Lama kelamaan, mereka akan termakan pujukan dan bersedia melakukan apa saja kerana termakan dakyah bahawa agama lain lebih mengambil berat, amat berperikemanusiaan, tidak seperti Islam yang terlalu tegas dalam peraturan dan perundangannya,” katanya membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Dakwah Islamiah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan di Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kelmarin.

Karim berkata, lebih mengejutkan apabila gerakan itu turut menggunakan buku tulisan tokoh motivasi terkenal sebagai bahan rujukan.


Waspada beli buku motivasi
“Jadi, berwaspada apabila membeli buku motivasi. Di sebalik kata-kata motivasi, ada terkandung secara halus ajaran agama lain untuk memperdaya umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, lebih membimbangkan, gerakan itu turut menggunakan kalimah yang berbunyi seperti ayat al-Quran apabila dibaca untuk mengelirukan umat Islam.

“Apabila kalimah ini dibacakan kepada penganut agama Islam, mereka yang bukan hafiz pasti tidak dapat membezakan ketulenannya. Ini satu tindakan jahat,” katanya.

Gejala ini katanya, hanya boleh ditangkis jika wujud permuafakatan yang kental antara rakyat dan pemerintah untuk menghalusi perkara ini hingga ke akar umbi.


1 comment:

Abu Sujak said...

Moh kita isikan kehidupan harian kita dengan aktiviti agama. Kita mohon kerajaan perbanyakkan lagi pendakwah. Mohon kerajaan kawal media elektronik seperti tv yg mengekspot budaya kristian dari indon, filipina dan amerika latin.
Mintak KDN pastikan media cetak yg dijual tidak mengajar perkara2 yg merosakkan akidah dan melanggar batas2 Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog