AIDCNews – 04/10/12 – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pakar ekonomi dan tidak tahu situasi ekonomi negara.
“Dia (Anwar) kata tak ada usaha yang dibuat dan belanjawan Pakatan boleh kurangkan defisit RM20 bilion.
“Sebenarnya mereka ini tak pakar. Tak tahu situasi ekonomi negara. Mereka bukan dalam kerajaan,” katanya seperti dilaporkan Mkini dotcom semasa berucap pada perjumpaan bersama pemimpin belia Selangor dan mahasiswa di Shah Alam hari ini.
Anwar lulusan Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya pernah dilantik menjadi Menteri kewangan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1990.
Bank Negara Rugi 1993
Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990 hingga 1998, Anwar pernah dikritik di Dewan Rakyat pada tahun 1993 kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yang mencecah bilion ringgit.
Lim Kit Siang, Ketua pembangkang di Dewan Rakyat pada itu mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenunya di atas kerugian tersebut.
“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!” kata Kit Siang ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993.
Ahmad Shabery Chik bekas pensyarah ekonomi Universiti Malaya yang ketika itu Setiausaha Politik Tengku Razaleigh Hamzah turut menyalahkan ketidakcekapan Anwar sebagai Menteri Kewangan sebagai punca kerugian Bank Negara tersebut.
“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata.
“Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,”katanya.
Baca selanjutnya di :-AIDC
No comments:
Post a Comment