pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, October 6, 2012

Memalukan !!! Ternyata Azmin Ali Tak Layak Jadi Pemimpin Kerana Tak Menghormati Orang Tua.




Pergeseran antara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali semakin panas apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita. Malah beliau yang dikenali sebagai orang kanan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis memberitahu, sebagai orang tua, beliau faham perasaan dan cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.

 “Saya tidak perlu komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia," katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin lapor Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Semalam, Azmin Ali menyifatkan Mustafa Ali sebagai cepat melatah disebabkan faktor usia. Azmin dilaporkan berkata demikian dilaman Twitternya setelah Mustafa menegurnya bersabit kenyataan ADUN Bukit Antarabangsa, bahawa khidmat Khalid Ibrahim lebih diperlukan di peringkat Kabinet, jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak. Kenyataan itu mengundang reaksi Mustafa dengan berkata 'pandangan itu akan mengelirukan rakyat berhubung MB Selangor'.

 Azmin kemudiannya menyifatkannya sebagai Mustafa sebagai cepat melatah apabila berkata "faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,". Bukan hanya Mustafa, kenyataan Azmin bersabit jawatan Menteri Besar itu turut mengundang reaksi Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin.

 “Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah. Bingkas membidas Faekah adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

 Beliau berkata Faekah tidak perlu melenting ekoran kuasa memilih kerajaan dan Menteri Besar adalah milik rakyat. "RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan," Twett Shamsul.

 Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.

 Khalid ketika ditemui wartawan MyChannel13 di lobi Parlimen menyatakan beliau memahami apa yang diutarakan Azmin itu adalah pandangan peribadinya dan padanya Azmin tidak bersalah dalam konteks tersebut.

 “Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya. -ANTARA POS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog