pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, October 1, 2012

Comfirm !!!! Anwar Akan Membisu Apabila Membaca Berita Ini.

Najib Tun Razak


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan Kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri. 
"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa? 
"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?" katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012, pagi ini.
Najib juga berkata, PR sepatutnya mendaftar sebagai parti dan mempunyai simbol yang sama tetapi mereka tidak berdaftar, malah tidak ada simbol yang sama. 
"Kita (Barisan Nasional) ada simbol yang sama. Semua calon kita bertanding atas BN, komited ke atas BN dan jika berlaku perbezaan pendapat, kita bincang dan hadapinya sebagai parti BN.
"Pembangkang ada imej bulan, roket dan mata. Imej roket itu kononnya mahu bawa ke bulan dan bintang. Ada parti nampak mata, very funny looking (rupa yang sangat kelakar)," kata beliau yang juga Pengerusi BN. 
Beliau juga menyatakan bahawa pembangkang tidak mempunyai kredibiliti untuk menguruskan sebuah kerajaan berikutan ketidaksefahaman, termasuk dalam isu undang-undang hudud. 
"Isu hudud, Pas kata kita tetap laksanakan, DAP kata No way! (Tidak mungkin) dan Karpal Singh pula kata over my dead body (langkah mayat saya). 
"Mungkin Pas nak langkah mayat dia (Karpal). Mereka tidak ada kredibiliti untuk menguruskan sebuah kerajaan," katanya. 
Katanya, pembangkang gagal menunaikan janji terhadap negeri Selangor berikutan masih ada 75 peratus janji di negeri itu masih belum ditunaikan. 
"Pilihan raya akan datang merupakan pilihan raya yang meminta mandat pada rakyat, akan ada banyak janji manis akan ditabur. Rakyat perlu fikir. 
"Pembangkang mempunyai tiga senjata iaitu kutuk, hasut dan janji. Mula-mula kutuk kemudian mesti cucuk akhirnya, berjanji bulan dan bintang malah galaksi," katanya. 
Beliau juga menolak dakwaan mengatakan Bajet 2013 yang dibentang Jumaat lalu hanya bajet populis. 
"Bajet itu bukan populis politik. Apabila kita bentang bajet, mereka kata politikal gimik. Apa-apa yang kita buat mesti untuk rakyat, bajet ini tentang rakyat. 
"Jangan dodoikan rakyat dengan janji yang macam-macam," pesan Najib yang juga Menteri Kewangan. 
Tambahnya, "mereka buat Bersih 2.0, kita buat BR1M 2.0." 
Mengulas pemberian baucer buku kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), beliau menegaskan tujuan pemberian itu adalah kerana kerajaan mahu mendidik golongan terlibat. 
"Kita beri baucer buku kerana mahu mereka beli buku, baca buku, tambah ilmu. Kita mesti ajar dan didik mereka. Bukan ajar hutang tak perlu bayar. 
"Mana ada hutang yang tak perlu bayar? Pinjaman PTPTN, mahu dimansuhkan. Seseorang kena bayar. Siapa yang kena bayar? Kamu, rakyat kita melalui cukai. Akan datang macam mana? Mereka yang sudah bayar akan tuntut duit mereka," jelasnya.-SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog