Seorang warga Indonesia yang dipercayai sedang dalam keadaan mabuk kerana menghidu gam telah mengamuk dengan menyelerakkan barang-barang di premis 7 Eleven Taman Semantan, Temerloh.
Warga Indonesia tersebut juga membuka dan memakan snek sesuka hati. Pekerja yang berada di dalam premis berkenaan tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbangkan keselamatan mereka memandangkan lelaki tersebut memegang sebatang kayu.
Beberapa orang pemuda yang berada di sekitar tempat kejadian akhirnya datang membantu menyelesaikan insiden yang berlaku sekitar jam 3 pagi semalam.
2 comments:
letak la link sumber...
dapat pun tak ada link sumber
Post a Comment