Sekitar Ogos 2010 yang lalu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengadakan sidang media tentang penemuan kamera yang dipasang di dalam pejabatnya di tingkat 21 bangunan SUK Selangor.
Pada waktu itu rata-rata pengikut pembangkang menuding jari serta menuduh UMNO merupakan dalang di sebalik kerja-kerja 'mengendap' aktiviti Khalid Ibrahim.
Hari ini satu rakaman CCTV yang dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar Selangor telah dimuat naik di laman youtube oleh Free Malaysia Today, malah pihak penyokong pembangkang mengatakan bahawa selepas ini makin banyak lagi 'aksi' Khalid Ibrahim yang berjaya dirakam akan didedahkan.
Usah khuatir kerana buat masa ini tiada aksi tidak senonoh dirakam dalam video berdurasi selama 15.00 minit itu.
Menurut sumber dalaman PKR orang dari kem Azmin Ali kini giat menyebarkan cerita bahawa banyak lagi rakaman aksi 'manja' Khalid Ibrahim bersama seorang wanita bernama Rahimah Kamaruddin. Menurut orang-orang Azmin Ali wanita yang bernama Rahimah Kamaruddin adalah setiausaha Khalid Ibrahim ketika di Guthrie Berhad.
Penyebaran rakaman CCTV Khalid Ibrahim adalah satu tindak balas dari Azmin Ali yang percaya bahawa dalang di sebalik penyebaran foto aksi beliau di dalam tandas bersama seorang wanita didalangi oleh Khalid Ibrahim.
Melalui penyebaran video ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejadian serta pendedahan yang melibatkan salah laku pemimpin pembangkang bukanlah di dalangi oleh UMNO.
Sebaliknya ia adalah tindakan sebotaj di antara mereka untuk menjatuhkan satu sama lain. Menurut sumber dalaman PKR selain Khalid Ibrahim, Azmin Ali turut mendalangi usaha mensebotaj Nurul Izzah bagi meluaskan pengaruhnya dalam PKR.
Rakaman CCTV di bawah adalah salah satu daripada beberapa buah kamera yang dipasang di tingkat 21 bangunan SUK Selangor. Dipercayai banyak lagi rakaman melibatkan Khalid Ibrahim akan disebarkan selepas ini.
Benarkah cakap-cakap orang PKR bahawa usaha sebotaj di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang giat dijalankan dari kedua-dua kem?
Adakah kita bakal dikejutkan dengan aksi 'rakus' Khalid Ibrahim pula selepas ini?
Sumber :- Double y
Pisau Kedah :-
Jaga - jaga Khalid Ibrahim oii, mengikut maklumat banyak lagi video yang akan di dedahkan.. jangan sampai video skandal terbaru pemimpin PKR di dedahkan seperti mana Video Anwar dan Azmin Ali
No comments:
Post a Comment