Terbaru Ameno world blogger pro pembangkang yang cukup haprak mengunakan gambar di atas sebagai bahan untuk propaganda supaya rakyat berpandangan negatif terhadap isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor di dalam artikelnya Hot : RTM sahkan ROSMAH MANSUR PM Malaysia.
Untuk pengetahuan semua RTM (TV1), kelmarin telah menyiarkan satu slot bersama DS Rosmah Mansor yang di siarkan di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia bagi mempromosi satu program '' Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri " pada 07 July bertempat di Stadium Negara.
Sebagai Pengajur kepada program berkenaan DS Rosmah Mansor di jemput RTM sebagai juru cakap di dalam slot yang di sediakan RTM di dalam Selamat Pagi Malaysia berdasar program yang akan di adakan pada 7 July ini.
Apa yang kita dapat lihat jelas sekali slot berkenaan bertemakan Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri., maka pihak RTM telah mengunakan tema berkenaan sebagai tajuk bagi slot berkenaan dan di ketika itu DS Rosmah Mansor di temubual.
Blogger pro pakatan haram yang haprak telah mengunakan keadaan di ketika itu untuk membuat propaganda supaya rakyat berpandangan negatif terhadap DS Rosmah Mansor dengan menyatakan pihak RTM mengesahkan Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia dengan memutar belit tajuk slot berkenaan.
Blogger hamprak berkenaan cuba mencetus isu supaya seolah-olah DS Rosman Mansor adalah Perdana Menteri dan bukannya DS Najib Razak bagi mengukuhkan fitnah yang sering di mainkan oleh pakatan haram, " DS Rosmah Mansor merupakan super women yang menyampuri urusan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri "
Cukup jelas tujuan propaganda ini di cetuskan supaya rakyat berpandangan negatif dan melihat DS Najib Razak takutkan isteri beliau di dalam mentadbir Malaysia. Pandangan negatif rakyat mengangap setiap keputusan yang di lakukan DS Najib Razak perlu mendapat persetujuan DS Rosmah Mansor.
Sedangkan jika kita mengikuti slot berkenaan kelmarin, ternyata DS Rosman Mansor berada di dalam slot berkenaan sebagai penganjur bagi mempromosikan program yang akan diadakan nanti. Program berkenaan di adakan bertujuan membawa remaja lebih dekat dengan Perdanan Menteri Malaysia, YAB DS Najib Razak yang merupakan suami beliau.
Bukti cukup jelas pada banner yang memaparkan gambar YAB DS Najib Razak dan bukannya gambar DS Rosmah Mansor seorang sahaja. |
Pisau Kedah :-
Fitnah dan putar belit fakta merupakan amalan yang sukar di tinggalkan puak pakatan haram. Tak hairanlah kalau puak pakatan haram tidak merasa bersalah di dalam melakukan dosa kering, kerana puak ni dah di janjikan syurga oleh PAS.
No comments:
Post a Comment