pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, October 19, 2012

Biaq Betul !!! UNISEL Bakal Di Tutup Akibat Kepincangan Pengurusan Kewangan

Artikel sebelum ini Pisau Kedah ada menceritakan permasalahan yang berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, di mana Rektor kesayang Azizan Razak, Menteri Besar dan Pengerusi KUIN telah menjual bangunan empat blog di kampus Mergong dengan harga hampir RM 5 Juta untuk menyelesaikan masalah hutang KUIN.


Dan apa yang Pisau Kedah nak sampaikan ini pulak yang di petik dari Antara Pos adalah kisah Universiti Selangor (UNISEL) di bawah Kerajaan Negeri Selangor di mana terdapat kepincangan dalam pengurusan Kewangan sehingga membuatkan UNISEL kerugian yang kritikal.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany mencabar Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memberi penjelasan mengenai laporan audit yang mengesahkan terdapat kepincangan dalam pengurusan kewangan Universiti Selangor (Unisel).

Menurutnya, laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan semalam telah membuktikan kepincangan dari segi pengurusan dalam Unisel secara jelas.

"Laporan Audit telah membuktikan segala-galanya tentang Unisel."



"MB seharusnya tampil untuk memberikan penjelasan kalau benar Unisel tidak menghadapi apa-apa masalah," katanya kepada Antarapos di lobi Perlimen hari ini.

Beliau selain itu turut menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rahsuah Malaysia (SPRM) menyiasat kegagalan Unisel dalam mengurus tadbir dan kewangan bagi memudahkan tindakan diambil.

"Melalui laporan audit tersebut, SPRM juga harus menyiasat pengurusan kewangan dalam universiti tersebut," tegasnya.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk aktiviti pengurusan syarikat kerajaan negeri Selangor mengesahkan kepincangan aspek kewangan termasuk urus tadbir korporat Unisel di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.


Laporan itu menyebut bahawa prestasi kewangan universiti berkenaan tidak memuaskan, audit dalaman yang gagal berfungsi termasuk Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan.

Turut dinyatakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Unisel tidak dijalankan seperti syarikat-syarikat lain, malah Piawaian Prosedur Operasi (SOP) universiti itu tidak diluluskan oleh Lembaga Pengarah. - Antarapos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog