pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 29, 2012

Panas !!! Anwar kena belasah dengan Tun Mahathir




Pisau Kedah :-

Pisau Kedah pelik la, kenap sehingga sekarang Anwar masih belum berani saman Zulkifli Nordin dan Ummi Hafilda ?

Nyawa politi Khalid di hujung tanduk hanya kerana seorang anak dara



Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita.  Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab.   Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”.  Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco.  Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.  

Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid.   Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.  

Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah.  Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti.  Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.  

Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan.  Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.  

Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri. 

Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam.   Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.  

Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya.   Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.  

Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah.   Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.  
Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah. Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.

Thursday, June 28, 2012

Panas !!! Mazlan Aliman pasti menangis tak berlagu bila mengetahui perkembangan terbaru FGVH ini


Terkini !!! Mazlan Aliman pasti akan kecewa dengan apa yang hendak Pisau Kedah sampaikan ini berkenaan saham Felda Global Ventures Holding yang selama ini di tuduh mahu membunuh peneroka felda.
Ternyata apa yang cuba di lakukan kerajaan terhadap peneroka Felda merupakan langkah terbaik untuk membela nasib peneroka, bukannya nak membunuh seperti yang di tentang Mazlan Aliman dan sehingga ke hari ini belum ada bukti yang nyata apa yang di perkatakan Mazlan Aliman.
Semua orang patut sedar Mazlan Aliman merupakan orang yang ada kepentingan di dalam politik pakatan haram. Sebagai musuh mustahil Mazlan Aliman akan bersetuju dengan tindakan kerajaan sebab ianya akan merugikan pakatan haram dari segi politik.
Walau pun tidak di tunjuk secara terang pasti yang tersenyum lebar dengan apa yang di lakukan Mazlan Aliman adalah DAP sebab apa yang di lakukannya adalah semata-mata mahu melihat warga peneroka Felda masih berada di tahap takok lama, dan apabila peneroka Felda yang majoritinya Melayu masih di takok lama, ekonomi melayu tidak akan berkembang.

Marilah kita lihat berita gembira untuk warga Felda dan berita sedih buat Mazlan Aliman .
Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd dicatatkanRM5.38 sehingga jam 10.10 pagi tadi. Kaunter itu meningkat kepadaRM5.40 selepas dagangan dan turun naik selama 24 saat antara RM5.38 dan RM5.40. Pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia itu membuat kemunculan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39dengan premium 84 sen berbanding harga tawarannya RM4.55 sesaham.






Biduanita Kak Pah sah jadi pengundi PRU13



Pejabat Pos Besar di sini semalam menerima kunjungan pelanggan istimewa iaitu biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang hadir untuk mendaftar sebagai pengundi baharu pada pilihan raya umum akan datang.

Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah berkata, walaupun rasa malu dan bersalah kerana sudah terlewat untuk mendaftar namun sebagai warganegara bertanggungjawab, semua itu terpaksa diketepikan demi memastikan masa depan negara akan terjamin.

Menurutnya, kesedaran itu timbul selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatinya agar berbuat demikian pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 Isnin lalu.

"Beliau (Ismail Sabri) memberitahu saya bahawa kerajaan sentiasa ingin membantu kami semua (golongan artis) dan oleh kerana itu, saya rasa ini adalah platform yang sesuai untuk menentukan siapa kerajaan yang ingin dipilih nanti.

"Pendaftaran hari ini (semalam) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi saya pada 2 Julai depan dan saya akan membuang undi di kawasan Parlimen Petaling Jaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam. -Kosmo





Pisau Kedah :-


Tahniah Kak Pah !!! Lepas ni jangan sapa - sapa dok tuduh Kak Pah sebagai pengundi hantu pulak di Petaling Jaya.


Pisau kedah juga tertarik dengan komen dari Kak Pah, Tak menghantam parti mana-mana pun walau pun tak menyatakan menyokong parti mana-mana pun, tak seperti beberapa orang artis yang fanatik sangat bila baru join parti politik.


Pisau Kedah tengok, la ni Pakatan rakyat sudah mengunakan artis sebagai trend nak tarik pengundi terutamanya PAS yang kian nazak berhadapan dengan PRU 13 kerana kehilangan pengundi atas pagar yang tidak mempercayai doktrin "Undi PAS masuk Syurga".


Pisau Kedah juga pelik dengan sesetengah artis ni. Bila baru belajar politik dah pandai hantam kerajaan tambahan pulak di ambil kesempatan oleh Pakatan Haram.



Apakah Skandal Ini Punca Sebenar @rafiziramli Letak Jawatan Dan Buatkan @KhalidIbrahim Goyang?



Ramai yang tertanya-tanya dan pelbagai persoalan timbul serta beribu pandangan kedai kopi dilontarkan tentang mengapa Rafizi meletakkan jawatannya. Kini timbul satu lagi persoalan yang besar kemungkinan Rafizi perlu jawab. Sebab dia dah kantoi macam-macam maka dia perlu undur diri sebelum banyak lagi benda bodoh dia buat.

Jika kita lihat semula di blog TMS ada menyatakan tentang tuduhannya terhadap PM yang mana akhirnya telah menjerut lehernya sendiri.

Dalam laman blog Rafizi , dia telah memfitnah PM kononnya telah campur tangan bagi memastikan kontrak bernilai RM960 juta tersebut dianugerahkan kepada konsortium George Kent/Chine Railway/Tewet Gmbh (GEORGE KENT).


Tabloid Business Times turut memaparkan artikel berkenaan penganugerahan projek 'Penambahbaikan LRT Ampang' kepada George Kent.

Menurut Rafizi, dia mendakwa sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek 'Penambahbaikan LRT Ampang' berdasarkan kepada surat bertarikh 12 Disember 2011 daripada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato' Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

Namun begitu terdapat beberapa fakta yang telah disembunyikan oleh Rafizi dan didedahkan oleh Shah Alam Rebels.

Jika mengikut artikel ini, GEORGE KENT merupakan pembida kedua terendah dan paling layak berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan Prasarana.

"Business Times understands that the George Kent-led consortium was the second lowest bidder, having placed a bid at RM1.13 billion to undertake the job.

The lowest bidder at RM950 million was Invensys Rail/Ingress/ Balfour Beatty, which had also bid for the Kelana Jaya line extension.

The other four contenders who did not make it were Colas/CMC/Uniway joint venture, the partnership which recently won a RM673.9 million contract for system works for the Kelana Jaya line; Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty; Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.

According to the source, the Ansaldo joint venture was not shortlisted as the company (Ansaldo) already has a contract to work on the Ipoh-Padang Besar double tracking project."

Fakta Pertama

Ansaldo merupakan salah satu dari gabungan Konsortium PDA (Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)

Memang tepat keputusan kerajaan untuk tidak menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang kepada Konsortium PDA berdasarkan kepada salah satu syarikat Konsortium PDA telah pun dianugerahkan kontrak untuk melaksanakan projek rel berkembar Ipoh-Padang Besar (Ipoh-Padang Besar double tracking project)oleh kerajaan.

Tidakkah ini menunjukkan ketelusan kerajaan agar tidak ada satu syarikat mendapat dua atau tiga projek yang telah dianugerahkan dalam satu masa?


Fakta Kedua

Tiga konsortium berasingan (1) SNC Lavalin/WW Engineering, (2) Siemens/Scomi dan (3) Samsung/LG dengan masing-masing membida projek ini pada harga RM1.38 billion, RM1.17 billion dan RM1.16 billion.

George Kent Berhad pula membida dengan harga RM1.13 billion bagi projek di atas.

Adakah kerajaan dan Prasarana terlalu bodoh untuk menganugerahkan projek ini kepada tiga konsortium di atas yang jelas lebih mahal harga bidaan berbanding dengan George Kent Berhad?


Fakta Ketiga

Begitu juga dengan konsortium Colas/CMC/Uniway yang telah dianugerahkan projek bernilai RM673.9 juta bagi kerja-kerja membabitkan sistem stesyen Kelana Jaya.

Begitu juga dengan konsortium Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty yang telah dianugerahkan dengan projek lain, Projek Rel Berkembar Seremban-Gemas.


Tidakkah Rafizi sedar realiti ini?
Keris yakin kerajaan dan Prasarana telah bertindak adil dan saksama dalam penganugerahan projek ini kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH.

Tidak adil jika sekiranya kerajaan mahupun Prasarana menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA atau mana-mana konsortium yang telah dianugerahkan projek-projek oleh pihak kerajaan sendiri.

Ini hanya menggambarkan sikap tidak telus kerajaan dalam penganugerahan projek-projek. Betulkan?

Ternyata pendedahan yang kononnya bakal menamatkan karier Perdana Menteri hanya membuktikan kerajaan sebenarnya telus dan adil dalam penganugerahan projek mega.

Apa yang Rafizi merepek dengan menggambarkan penglibatan campurtangan Perdana Menteri dalam penganugerahan projek Prasarana ini?

Mana bukti campurtangan Perdana Menteri dalam penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA?

Keris merasakan wujud hubungan antara kontraktor yang kecewa ini dengan pakatan haram. Mungkin jika konsortium yang dibela oleh Rafizi ini dapat projek 'Penambahbaikan LRT Ampang', adakah pakatan haram akan dapat komisen untuk dana PRU akan datang?

Ini kerana Keris pelik kenapa Rafizi membela sangat konsortium yang tidak dapat projek itu. Takkanlah Rafizi nak buat kerja sia-sia?

Itu baru satu yang didedahkan oleh TMS dan Shah Alam Rebels. Kini kolumnis Kritis Green Hood pula berkata tentang anak syarikat yang mungkin ada kena mengena dengan Rafizi Ramli. Ini artikel beliau :

Sama ada Tan Sri Khalid Ibrahim mahupun Faekah Husin, kedua-duanya mungkin merasakan jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar adalah jawatan yang "kebal" dari sebarang peraturan dan undang-undang seolah-olah peraturan dan undang-undang itu di bawah kawalan mereka.

Faekah sebagai pengamal undang-undang mungkin punyai keupayaan memanipulasi undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh dewan rakyat, namun sejauh mana dia mampu memanipulasi undang-undang mengikut takrif dan definisi sendiri harus dipertikaikan.

Terbaru, menggunakan pengaruh dalam "mempengaruhi" anak syarikat negeri dengan menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar Selangor bagi faedah kaum keluarganya adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan pakatan terutama di Selangor dan Pulau Pinang.



Berslogan "telus dan keboleh percayaan" ternyata hanyalah satu slogan yang tidak dipraktikkan melainkan berselindung di sebalik "kesucian" slogan tersebut dalam melakukan salahguna kuasa serta pengaruh.

Tindakan Faekah yang jelas lagi nyata dalam menggunakan "pengaruh" nya bagi mempengaruhi pihak-pihak tertentu dipertahankan oleh "boss" nya Khalid Ibrahim.

Ini bukanlah suatu yang memeranjatkan berdasarkan tindakan Khalid sebelum ini juga didakwa melanggar banyak SOP (standard operation procedure) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri-negeri di bawah pakatan seperti pemberian kontrak melalui tender terbuka - dalam hal ini, Khalid gagal mengikutinya.

"Klang River Rehabilition Project" atau Projek Pemuliharaan dan Penyelenggaraan Sungai Klang bernilai RM50 billion sebagaimana yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri tersebut sekitar tahun 2010 merupakan antara projek "super-mega" mengikut pelan "Ransangan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor" yang disokong oleh penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca selanjutnya di [SINI]

Mungkin Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR yang baru melepaskan jawatan selaku CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, kini dilaporkan punyai waktu terluang bagi membuka buku “siasatan persendirian” tentang salah laku kepimpinan UMNO-BN boleh memulakan dengan siasatan terhadap “mereka-mereka” yang hampir dengannya dan tunjukkan kepada rakyat bahawa siasatan mereka juga bukanlah siasatan terpilih bahkan “inclusive” termasuk “orang-orang sendiri” !

Pendapat Keris, mustahil bagi seorang yang berpolitik sengaja melepaskan jawatan. Ini mesti terdapat sesuatu yang membuatkan Rafizi kecut perut. Sebelum lebih banyak berlaku maka dia meletakkan jawatan. Tetapi jangan lupa Kem Azmin versus Kem Khalid masih berterusan sejak pemilihan PKR yang lalu. Sekarang tinggal Rafizi untuk jawab atau Khalid kalau boleh?


Panas !!! Duit baru Ringgit Malaysia akan berada di pasaran 16 Julai ini




Bank Negara Malaysia (BNM) akan mula mengedarkan wang kertas Ringgit Malaysia siri baru pada 16 Julai 2012 ini setelah wang syiling baru yang kini sudah diguna pakai di seluruh negara untuk mengantikan reka bentuk yang lama.

Oleh itu pihak BNM sejak beberapa bulan yang lalu telah mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi menerangkan pengenalan wang kertas Ringgit Malaysia siri baru untuk mengelak wujudnya kekeliruan dan berharap ianya berjalan dengan lancarnya setelah pengedaran wang kertas siri baru di mulakan.

Dalam kenyataan BNM sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.

Seandainya pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai ini, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual.

Orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88- 5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/ 8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm. gov. my untuk maklumat lanjut.

Wang kertas yang mempunyai ciri – ciri reka bentuk tersendiri dan unik kerana memaparkan keunikan Malaysia dari segi keindahan semula jadi Malaysia, budaya Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan khazanah Malaysia yang tak ternilainya.

Lebih menariknya mata wang Ringgit Malaysia yang bernilai RM 20 mula diperkenalkan kembali setelah di lupuskan. Tujuan mata wang RM 20 diperkenalkan adalah bertujuan mengurangkan jurang jumlah di antara RM 10 dan RM 50 untuk mempermudahkan di dalam urusan jual beli.

Denominasi, Substrat, DimensiWarna bagi reka bentuk Ringgit Malaysia siri baru “RM100 – Kertas – 150mm x 69mm berwarna Unggu, RM50 – Kertas – 145mm x 69mm berwarna Hijau bercampur biru, RM20 – Kertas – 145mm x 65mm berwarna Jingga, RM10 – Kertas – 140mm x 65mm berwarna Merah, RM5 – Polimer – 135mm x 65mm berwarna Hijau dan RM1 – Polimer – 120mm x 65mmBiru


Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

01 RM100 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

02 RM50 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

03 RM20 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM10 – Flora

04 RM10 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar

05 RM5 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional

06 RM1 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.


Sumber :- Darulaman.my

Panas !!! @NajibRazak malukan PAS yang tak bagi ahlinya menunaikan Haji.


KUALA LUMPUR 25 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau terkejut apabila Pas yang mendakwa sebuah parti Islam tergamak mementingkan kepentingan parti berbanding ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.

Perdana Menteri berkata, Pas sanggup mengutamakan fardu kifayah berbanding fardu ain sedangkan Islam mensyaratkan ibadah haji tidak boleh dilewat-lewatkan jika berkemampuan.

“Percayalah bahawa kerajaan sentiasa pertimbang semua faktor untuk mengadakan pilihan raya dan saya akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan kehendak Islam itu sendiri,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Sekretariat Ulama-Umara (Umum) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. – UTUSAN


Sejak dari awal lagi Pisau Kedah nak tergelak dengan isu yang di timbulkan oleh PAS berkaitan tarikh pilihan raya, sehingga sangup mendesak YAB DS Najib Razak menjaminkan tiada pilihan raya pada musim Haji. Tak cukup dengan mendesak Tok Najib, PAS juga mendesak ahlinya yang nak menunaikan Haji supaya menanguhkannya kerana bimbangkan pilihan raya akan diadakan pada musim Haji.

Diharapkan lepas ni PAS tak payah dok meroyan lagi sampai sangup nak sekat ahli dari nak pi Haji kerana Tok Najib dah menjaminkan kerajaan sentiasa pertimbangkan semua faktor untuk mengadakan pilihan raya dan Tok Najib akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan kehendak Islam itu sendiri.

Dari segi logiknya tak mungkin YAB DS Najib Razak akan umumkan pilihan raya pada musim haji kerana ramai rakyat Malaysia akan menunaikan Haji dan tak semestinya semuanya yang menunaikan Haji itu nak undi PAS saja walau pun PAS menjaminkan Syurga PAS kepada siapa yang undi PAS.

Isu yang timbulkan PAS ni bagi Pisau Kedah hanya nak menarik perhatian dengan isu yang ditimbulkan supaya rakyat melihat Tok Najib dalam keadaan tertekan untuk mengadakan pilihan raya.

Kalau ya pun puak PAS nak buat Tok Najib dilihat dalam keadaan terdesak jangan la sampai melalut sehinggakan Rukun Islam boleh di jadi alat politik untuk menyerang Tok Najib.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Tok Najib juga ada penasihat agamanya, tak perlu la PAS nak meroyan tak tentu pasal. PAS kena ingat Tok Najib juga ada otak untuk memikirkan masa yang sesuai untuk adakan pilihan raya.

Lain Kali PAS tak payahlah nak timbulkan isu yang boleh menampakan kebodohan PAS. Tak payahlah nak tunjuk PAS sebagai sebuah parti yang cukup gelojoh dalam satu-satu perkara.


sumber :- teammediakedah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog