Sayu hati apabila membaca kisah pasangan suami isteri yang sedang menderita apabila melihat anak yang baru di lahirkan sedang berhadapan dengan penderitaan. ( Klik Sini untuk membaca dan memberi semangat kepada seorang ibu yang perlukan semangat dari orang ramai ).
Pisau Kedah mendoakan agar Allah S.W.T memberi ketabahan kepada suami isteri berkenaan di dalam berhadapan dengan ujian dari Allah S.W.T.
3-2-2013...Setelah 24jam melahirkan anak yang kukandung..yang kubawa kemana sahaja.. yang berkongsi suka duka ketika didalam rahimku baru ku diberi peluang untuk menatapnya buat pertama kali..
Adik..maafkan mama adik..mama tiada niat untuk menyeksa adik..mama marah dengan diri sendiri..Adik tak sepatutnya berada disitu...Mama tak sanggup nak melihat badan Adik yg dipenuhi dengan jarum dan wayar..!mama tak sanggup adik...
Mama kuatkan semangat..mama menahan perasaan mama kerna mama percaya Adik seorang yang kuat...sama seperti mama..buktikan yang Adik setabah dan sekuat mama..
'Ya Allah Ya Tuhanku..Hanya padaMu ku bermohon dan hanya padaMu kumeminta..Kau kuatkanlah anakku yang pada ketika ini sedang berjuang untuk mendapatkan nyawanya yang sepenuhnya..Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus melihat aku ibunya dan papanya yang sentiasa menaruh harapan yang tinggi terhadapnya...Amin..
Pisau Kedah tidak pasti, apa penyakit yang sedang di hadapi bayi berkenaan tetapi dari pandangan mata Pisau Kedah pada gambar di atas, Pisau Kedah dapat merasakan bayi berkenaan sedang menderita kesakitan.
Marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik kepada adik Affeirul.
1 comment:
InsyaAllah selamat tu ! Dia punya kaler nampak OK. Mudah mudahan diberi kesihatan dan membesar menjadi insan bertaqwa. Amin !!!
Post a Comment