Semakin hari, semakin bergolak PAS Kedah di dalam menghadapi PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi. Golongan parasit dalam PAS Kedah yang di ketuai Phahrorazi pun dok giat menjatuhkan Azizan Razak dan konco-konconya sehingga ada geng Adun PAS yang sanggup mengatakan Azizan Razak kafir di sebabkan memakai baju IM4U di masa program My Beautyful Malaysia baru-baru ini.
Namun tindakan golongan parasit dalam PAS untuk menjatuhkan Azizan Razak di lihat tidak memberi apa-apa kesan kepada Azizan Razak. Malahan apa yang dapat di lihat, tindakan Azizan Razak lebih berkesan di dalam mematah tindakan golongan parasit dalam PAS untuk menjatuhkannya di dalam politik apabila Azizan Razak mengambil tindakan lebih awal dengan menamatkan keriar politik golongan parasit yang mahu menjatuhkannya.
Tapi sayang tindakan Azizan Razak untuk menjatuhkan golongan parasit di dalam PAS terbongkar jua akhirnya apabila tindakan bodoh Pegarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Zulkifli Yahaya ( Zul Ya ) yang bengap telah mendedahkan nama individu golongan parasit yang di cantas Azizan Razak di dalam menjadi calon pada PRU 13 ini di dalam akaun FB miliknya.
Maklumat asal kisah ini Pisau Kedah ambil dari blog Duke Of UMNO.
Akibat kebodohan dan kebengapan Zul Ya yang mendedahkan nama parasit yang di cantas Azizan Razak, kini penyokong-penyokong parasit PAS Kedah mula mengamuk menghentam Azizan Razak.
Kelmarin, Pisau Kedah lihat makin banyak yang komen dalam posting FB yang menghentam Azizan Razak dan Zul Ya, kalau siapa-siapa nak baca selanjutnya sila klik di sini
No comments:
Post a Comment