pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, February 6, 2013

Isu Kalimah Allah: DAP Menghina Majlis Syura, Pemimpin PAS Semakin Tertekan



Beberapa tahun lalu, isu Kalimah Allah dan terjemahan Injil ke Bahasa Melayu telah menjadi panas apabila pihak Kristian mendakwa kerajaan dengan sengaja menahan 30,000 Injil berbahasa Melayu di pelabuhan. Isu ini menggelegak terus ketika demam pilihanraya Sarawak di mana rekod peristiwa waktu itu jelas menunjukkan bagaimana PAS telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dan menghentam kerajaan kerana tidak menghayati hak kebebasan beragama seperti yang dituntut oleh Islam.

Kenyataan pemimpin PAS di media serta laman-laman web rasmi mereka, termasuk media alternatif pro-pembangkang memaparkan segala-galanya iaitu bahawa PAS tidak ada masalah dengan injil berbahasa Melayu mahupun penggunaan nama Allah di dalamnya kononnya dengan syarat ia tidak disalahguna.

Perkataan ‘tidak disalahgunakan’ bagaimanapun, tidak pernah dijelaskan secara ilmiah dan terperinci termasuk contoh-contoh sebagaimana sepatutnya. Sedangkan, perkataan ini adalah terlalu umum dan mudah disalahtafsir atau disalahgunakan juga.

Justeru, atas kebebalan pemimpin PAS ini, maka Lim Guan Eng telah mengambil kesempatan untuk ‘mengacah’ umat Islam dalam strateginya untuk memecahbelah dan menyemarakkan api perkauman dengan menimbulkan kembali isu ini dalam perutusan Hari Krismasnya Disember lepas.

Seperti yang dijangka Guan Eng, isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan umat Islam dan berjaya memecahbelahkan PAS, sekali gus melemahkan Islam itu sendiri apabila PAS berada dalam keadaan tersepit ingin menjaga hati Kristian DAP demi menonjolkan sikap keterbukaan. PAS telah terpaksa menafikan mereka pernah menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain dan Hadi Awang pula secara langsung menuduh isu ini hanyalah ‘mainan politik UMNO’ demi untuk tidak menyinggung DAP.

Maka, kita lihat di dalam media-media sosial, penyokong-penyokong PAS pun tercungap-cungap cuba membela Guan Eng dan di masa yang sama membela putar-belit pemimpin mereka. Akibatnya, ramai di antara penyokong senyap mereka mula meragui ‘keIslaman’ PAS dan yang di atas pagar pula lari dari PAS.

Majlis Syura PAS terpaksa diheret untuk menyelematkan keadaan, dan akhirnya, para ‘Ulama’ PAS bersetuju bahawa apa yang terbaik bagi politik PAS ialah memperkukuhkan imej Islam dengan menentang apa yang diperjuangkan oleh Guan Eng melalui utusan Hari Krismasnya.

Malangnya, tiada siapa pun di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang pedulikan Majlis Syura. Keputusan Majlis Syura hanyalah tertakluk di dalam lingkungan ahli PAS, bukan DAP mahupun PKR atau rakyat yang di luar PAS. Ini bermakna, jika DAP ingin teruskan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil, itu adalah hak DAP dan PAS dan Majlis Syuranya tidak berhak menghalang.

Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada PAS, terutama golongan Ulamanya di dalam Majlis Syura. Harun Taib, selaku Ketua Dewan Ulama dan juga Nik Aziz sendiri, yang merupakan Pengerusi Majlis Syura dilihat cuba menonjolkan ketegasan dengan ‘menempelak’ Karpal Singh. Karpal nampaknya telah diberi tugas khas berdepan dengan PAS setiap kali pertelingkahan berkaitan isu agama antara DAP-PAS berlaku..

Harun Taib bertanya, “Siapa Karpal ingin mempersoalkan Majlis Syura?”.

Nik Aziz berkata, “itu Karpal punya pasal.”

Hadi berkata, “perkara ini telah selesai, sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Syura.”

Tetapi, Karpal berkata, “ia belum selesai, kerana Majlis Syura tiada kuasa di peringkat Pakatan Rakyat.”

Anwar Ibrahim, selaku Ketua kepada Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Taib mahupun Lim Guan Eng dan PR keseluruhannya pula berkata, “keputusan terletak di tangan PR Pusat, bukan Majlis Syura mahupun PAS secara bersendirian.”

Lalu, apakah ertinya ini? Apakah PR meminta agar rakyat berfikir dan membuat definisi sendiri berkenaan keputusan PR mengenai isu Kalimah Allah di dalam Injil berbahasa Melayu? Apakah ini contoh cara pemerintahan PR sekiranya parti itu berkuasa? Iaitu masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri berdasarkan pemahaman sendiri dan pilihan sendiri?

Percayalah bahawa isu ini akan berlarutan tanpa penyelesaian seperti juga isu Amanat Hadi yang terus menjadi sekam di dalam masyarakat Islam. Hadi sanggup membiarkan penyokongnya hidup dalam keadaan tidak tenteram, tidak tahu benar atau salahnya tindakan mereka mengkafirkan sesama Islam, kalaupun tidak dalam keadaan berdosa kerana percaya mereka yang mengucap syahadah itu kafir dan wajar ditentang. Hadi sanggup membiarkan penyokongnya terbunuh, ditanam tanpa dikafan kerana menentang perlembagaan ‘kafir’, sedangkan beliau sendiri berikrar untuk mempertahankan perlembagaan yang sama.

Bayangkanlah, jika soal hidup mati juga Hadi atau PAS sanggup permainkan, apatah lagi isu akidah, dan kalimah.

Mungkin bagi PAS, isu ini hanyalah sekadar isu ‘kalimah’ iaitu ‘perkataan’, atau ‘nama’, yang tidak membawa apa-apa unsur kerohanian atau kesucian, sepertimana AlQuran hanyalah sebuah buku bagi puak-puak pluralisme, iaitu tidak ada beza dengan buku-buku lain.

Berpegang kepada pandangan ini, PAS akan terus bersandiwara membawa watak ‘Islam’ dengan melayan Karpal Singh bertekak demi memastikan undi umat Islam kekal di pihaknya.

Setelah undi dapat dipastikan maka, barulah Harun Taib akan bersedia membuat kenyataan yang lebih jelas yang mereka akur kepada DAP. Nik Aziz juga apatah lagi, kerana masih lagi terharu dengan kek harijadi yang dibelikan Karpal untuknya pada Hari Thaipusam yang lalu. Hadi pula, sejak dari awal lagi tidak menyalahkan DAP, tetapi UMNO, maka beliau tentu tiada masalah untuk melutut di kaki Karpal nanti.

Dalam kata lain, sekiranya PR menang dalam PRU ini, maka penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain oleh pihak lain selain PAS adalah dibenarkan, sepertimana yang disahkan oleh Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Ketika itu, kita mungkin boleh mendengar Harun Taib mengomel dan merungut serta penyokong-penyokong PAS pula mungkin bertindak membakar bendera DAP sebagai memastikan imej ‘Islam’ PAS tidak terkubur, namun, itu hanyalah sekadar ‘hiasan’ di dada akhbar semata-mata. Ia tidak akan didengar oleh Anwar dan juga DAP. Malah, silap-silap, akhbar itu akan diharamkan dan Harun Taib akan dipenjarakan kerana menghasut rakyat menentang kerajaan pimpinan Anwar.

Apapun, kita pasti Harun Taib atau mana-mana pemimpin PAS tiada masalah untuk melutut di kaki DAP seperti selalu kerana mereka telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka lebih rela ke neraka daripada ke penjara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog