Terkini !!! Mazlan Aliman pasti akan kecewa dengan apa yang hendak Pisau Kedah sampaikan ini berkenaan saham Felda Global Ventures Holding yang selama ini di tuduh mahu membunuh peneroka felda.
Ternyata apa yang cuba di lakukan kerajaan terhadap peneroka Felda merupakan langkah terbaik untuk membela nasib peneroka, bukannya nak membunuh seperti yang di tentang Mazlan Aliman dan sehingga ke hari ini belum ada bukti yang nyata apa yang di perkatakan Mazlan Aliman.
Semua orang patut sedar Mazlan Aliman merupakan orang yang ada kepentingan di dalam politik pakatan haram. Sebagai musuh mustahil Mazlan Aliman akan bersetuju dengan tindakan kerajaan sebab ianya akan merugikan pakatan haram dari segi politik.
Walau pun tidak di tunjuk secara terang pasti yang tersenyum lebar dengan apa yang di lakukan Mazlan Aliman adalah DAP sebab apa yang di lakukannya adalah semata-mata mahu melihat warga peneroka Felda masih berada di tahap takok lama, dan apabila peneroka Felda yang majoritinya Melayu masih di takok lama, ekonomi melayu tidak akan berkembang.
Marilah kita lihat berita gembira untuk warga Felda dan berita sedih buat Mazlan Aliman .
Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd dicatatkanRM5.38 sehingga jam 10.10 pagi tadi. Kaunter itu meningkat kepadaRM5.40 selepas dagangan dan turun naik selama 24 saat antara RM5.38 dan RM5.40. Pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia itu membuat kemunculan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39dengan premium 84 sen berbanding harga tawarannya RM4.55 sesaham.
No comments:
Post a Comment