Kelmarin dalam " Himpunan Orang Muda Kedah Bersama Perdana Menteri ", YAB DS Najib Razak telah mengumumkan satu janji BN di Kedah untuk anak muda Kedah yang berminat dengan aktiviti pemotoran dan Najib kata janji tersebut akan di masukan dalam Manifesto BN Kedah pada PRU13 yang bakal tiba tidak lama lagi.
Janji hendak membina Litar Lumba di Kedah sebenarnya telah di janjikan PAS Kedah pada PRU12 yang lalu sekiranya PAS berjaya menjadi pentadbir Kerajaan Negeri. Namun sehingga kini janji tersebut masih belum di tunaikan sedangkan PAS sudah menjadi pentadbir Kerajaan Negeri selama hampir 5 tahun.
Akibat tertekan dengan janji yang di buat YAB DS Najib Razak kepada golongan anak muda di Kedah, PAS Kedah melalui Penerangan PAS Kedah telah mengatakan janji untuk membina ' Litar Lumba ' sebenarnya sudah ada dalam manifesto ' Kitar Semula ' PAS Kedah untuk PRU 13.
Orang muda boleh menilai sendiri la sama ada hendak memilih parti yang tak tunaikan janji yang di lakukan atau memilih parti yang sentiasa menepati janji yang di lakukan.
Sekiranya PAS mengatakan mereka menepati janji, Mana dia Litar Lumba di Kedah yang di janjikan sebelum menjadi pentadbir Kerajaan Negeri Kedah semasa PRU12 yang lalu ??
No comments:
Post a Comment