pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 1, 2012

Panas !!! Mustafa Ali pasti naik angin bila baca fakta yang di beri.



 Sebelum ini Mustafa Ali ada membuat kenyataan "Kami bukan terlampau yakin,tetapi yakin boleh menang PRU 13" telah membuat Pisau kedah tergelak besar dengan kenyataan bodoh Mustafa Ali,

Pisau Kedah sebelum ini ada menulis satu artikel berkenaan kenyataan Mustafa Ali di sini berkaitan keyakinan Mustafa Ali dalam kemenangan PRU 13,ternyata satu kenyataan yang amat melucukan,sedang dalam artikel itu juga Pisau kedah memberi bukti orang PAS sendiri mengakui Mustafa Ali merupakan pemimpin yang tidak berwibawa.

Namun pastinya Mustafa Ali akan nak angin setelah membaca artikel di bawah ini yang membabitkan keyakinan Mustafa Ali dengan kemenangan PRU 13,

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi faktor penting dalam pilihan raya umum 13 berbanding tahun 2008, kata seorang akademik tempatan. 
“Faktor pemimpin pembangkang itu menjunam teruk kepada 40 peratus berbanding 80 peratus dalam pilihan raya lalu. 
“Orang mahu melihat benda baru dan ini menyebabkan isu Anwar menjadi basi. Orang melihat isu rasuah dan beberapa perkara lain,” kata Noor Sulastri Yurni Ahmad, pensyarah kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. 
Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13 ia bukan kerana Anwar sebaliknya kerana parti dalam Pakatan Rakyat. 
Katanya, tokoh-tokoh veteran seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang merupakan pemimpin politik yang bijak. 
Bagaimanapun, PAS menurutnya, mempunyai kelemahan kerana pemimpinnya berpecah dua – sebelah pihak kepada Anwar manakala sebelah lagi kepada Nik Aziz dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
“Bagi saya lebih baik pemimpin yang menyokong Anwar menyertai PKR sahaja,” ujarnya. 
Pengundi muda oportunis 
Noor Sulastri menegaskan Pakatan Rakyat tidak mungkin menang lebih banyak kerusi Parlimen dan merampas Putrajaya dalam PRU 13. 
Katanya, Pakatan mungkin boleh mempertahankan kerajaan negeri sedia ada tetapi tidak boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan. 
Sebaliknya, beliau meramalkan  BN akan menang lebih besar dalam PRU 13, malah lebih banyak kerusi  berbanding 2008. 
Bagaimanapun, kata pensyarah itu, BN menang besar itu bukan kerana faktor Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja. 
Namun, beliau mengakui Najib seorang yang gigih, bekerja kuat, berjiwa rakyat dan jika ada kelemahan akan cepat menutup dan memperbaikinya. 
“Golongan usahawan yang tidak mengundi BN kerana marah tidak ada bisnes pada 2008 telah kembali menyokong BN. 
“Tetapi pengundi muda walaupun turut kembali kepada BN, mereka adalah oportunis yang tidak membuat keputusan sekarang dan menyokong tidak mengira parti mana,” katanya. 
Tarikh pilihan raya umum 13 masih menjadi tanda tanya walaupun Najib sudah beberapa kali ia sudah dekat. 
Kerajaan BN mempunyai mandat sehingga Mac 2013.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog