Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah. Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.
Diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC), projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan paling berprestij dalam peta pelaburan dunia.
Tapi, ini semua cerita lama iaitu sebelum pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS. Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir selepas PRU 2008, dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan.
Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang diketuai oleh Haji Muhammad Sobri Osman, Presiden KTPC, langsung tidak mampu membawa pelaburan baru. Di bawah telunjuk Annuar Safar, Naib Presiden Ind. Dev. & Research, Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan keputusan beliau.
Annuar Safar ialah salah seorang dari 3 pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui Kedah. Dan sejak dari zaman BN lagi, Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Rakyat malah semua pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.
Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah. Sebelum menyertai KTPC, Annuar Safar juga pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah juga.
Di kalangan pekerja, Annuar Safar terkenal dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya. Beliau yang ditugaskan mengurus Techno Center, pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat berbuat demikian. Segala teguran dan kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat apa-apa.
Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah, KTPC juga diambil alih oleh PAS. Ini menyebabkan ramai orang-orang lama yang berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana politik dan tidak professional.
Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik terutama apabila ia melibatkan pekerja. Pengurusan baru juga mengambil tindakan ‘membuang’ pekerja secara halus atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN. Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar, yang pastinya berniat untuk membalas dendam.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13 nanti. Mungkin juga kerana terlalu sibuk berpolitiklah maka beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan untuk mengendali KTPC. Namun, khabar juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti KTPC. Membawa sikap biasa seorang ‘lebai PAS’, Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.
Di sinilah terletaknya persoalan besar mengenai KHTP iaitu, apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang kerajaan pusat?
Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan kerajaan. Amatlah janggal apabila seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama erat dengan pusat.
Tanpa bantuan, kerjasama dan sokongan pusat, usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.
Untuk pengetahuan, pengurusan KTPC terdahulu menghadkan program promosi pelaburan keluar negara paling kerap hanyalah 3 atau 4 kali setahun. Ini kerana setiap program promosi pelaburan ke luar negara memakan belanja ratusan ribu ringgit dengan hanya membawa 4 – 5 orang delegasi dari KTPC dan kerajaan negeri.
Oleh itu, adalah lebih praktikal jika program promosi ini diadakan bersama kerajaan pusat agar setiap prosedur, tawaran atau perbincangan khas mengenai cukai dan sebagainya boleh dilakukan terus antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan pihak kerajaan pelabur terbabit tanpa membuang masa. Pastinya, satu-satu pelaburan yang besar memerlukan komitmen bukan sahaja antara syarikat pelaburan dengan KTPC tetapi juga Duta dan Menteri, malah mungkin Perdana Menteri.
Dengan sikap Haji Sobri yang menentang pusat, bagaimana rakyat Kedah mampu mengharapkan beliau untuk membawa masuk pelaburan baru?
Di tambah dengan kemunculan pesaing-pesaing lain di luar dan dalam negara, terutamanya Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin iaitu bekas CEO KTPC yang ‘ditendang’ oleh PAS, bagaimana KHTP mampu terus hidup? Senai Hi-Tech Park dikatakan giat mendapat pelaburan baru walaupun jumlah kekerapan pegawai-pegawainya keluar negara tidak mampu menyaingi kekerapan pegawai-pegawai KTPC - iaitu berkali-kali setiap bulan. Bayangkan, jika program promosi pelaburan 3-4 kali setahun juga memakan jumlah ratusan ribu ringgit setahun, berapa agaknya yang dileburkan oleh pihak KTPC untuk keluar negara berkali-kali sebulan?
Sudahlah kerajaan PAS Kedah langsung tidak mampu menjana wang untuk negeri, kini, pengurusan KTPC pula meleburkan wang sebanyak jutaan ringgit setahun untuk promosi KHTP tanpa membawa sebarang hasil. Pelaburan sedia ada pula ada yang sudah berkira-kira untuk keluar dari KHTP atas berbagai-bagai alasan seperti rombakan pengurusan serta ketidaktentuan ekonomi dunia.
Nampaknya, selagi PAS Kedah tidak mampu memisahkan politik dengan pengurusan negeri dan syarikat-syarikat milik negeri, selagi itulah satu projek pun tidak akan mampu membawa hasil kepada negeri, malah projek yang telah berjaya seperti KHTP juga akan turut hancur sekali.
Apakah nasi telah menjadi bubur bagi KHTP? Apakah masih ada harapan yang ia akan dipulihkan selagi pengurusan KTPC dan negeri tidak bertukar tangan kembali?
Apapun, buat masa ini kita ucapkan setinggi tahniah kepada Haji Sobri, Azizan dan PAS secara keseluruhannya, kerana berjaya dengan cemerlang sekali dalam menjahanamkan KHTP. Beruang biru
pisaukedah@gmail.com
sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com
Catatan Popular
-
Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan Tahniah YB Datuk Mohd Taijudin (Adun Belantik) Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perk...
-
Awat yang lolaq sangat orang tua ni,,,dah pikiaq habis dah kot nak bagi Lim Kit Siang,jadi Timbalan Perdana Menteri,,lupa dah kot siapa yang...
-
Hadi Tawar Diri Tidak Bertanding MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum...
-
Kalau kita masih ingat gambar diatas adalah footage video Brader Lan mahu tempeleng budak kurang ajar bernama Adam Adli semasa dia ...
Rakan di blog
Tuesday, June 12, 2012
Terima Kasih PAS, Kulim Hi-Tech bakal berkubur di tangan PAS Kedah,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Tekini Media Kedah
imgr = new Array();
imgr[0] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[1] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[2] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[3] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
imgr[4] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
showRandomImg = true;
boxwidth = 220;
cellspacing = 8;
borderColor = "#ffffff";
bgTD = "#000000";
thumbwidth = 10;
thumbheight = 10;
fntsize = 8;
acolor = "#666";
aBold = true;
icon = " ";
text = "comments";
showPostDate = false;
summaryPost = 40;
summaryFontsize = 8;
summaryColor = "#666";
icon2 = " ";
numposts = 5;
home_page = "http://www.unitmediakedah.blogspot.com/";
Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog
Pisau Kedah Blog
-
▼
2012
(2382)
-
▼
June
(187)
- Panas !!! PAS Kedah sudah gelabah setelah mengetah...
- Panas !!! Pencacai PAS Kedah dah gelabah pendedaha...
- Panas !!! Pas malu besar terkantoi dengan taktik ...
- Panas !!! Pendedahan permasalahan KUIN yang Azizan...
- Panas !!! Nurul Izzah malu besar setelah Zahid Ham...
- Panas !!! Pendedahan kegagalan projek PAS Kedah.
- Panas !!! Ternyata Ustaz Nasharudin Mat Isa bakal ...
- Terpanas di pasaran !!! Video berahi Anwar milik p...
- @JPenerangan ada trojan horse sila ambil perhatian...
- Terkini !!! Al- Fatihah Osman Kering meninggal Dunia
- Video Mengerikan penduduk Syria di tanam hidup ole...
- Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum dan Agama
- Panas !!! benarkah Cikgu Normala dah hilang maruah...
- Panas !!!! Mat Sabu ada sindrom penyakit misteri b...
- Panas !!! Anwar kena belasah dengan Tun Mahathir
- Nyawa politi Khalid di hujung tanduk hanya kerana ...
- Panas !!! Mazlan Aliman pasti menangis tak berlagu...
- Biduanita Kak Pah sah jadi pengundi PRU13
- Apakah Skandal Ini Punca Sebenar @rafiziramli Leta...
- Panas !!! Duit baru Ringgit Malaysia akan berada d...
- Panas !!! @NajibRazak malukan PAS yang tak bagi ah...
- Zaliah Perlu Jelaskan Sumber Kekayaannya
- PANAS !! PHAHROLRAZI AMIRUDDIN BOIKOT HIMPUNAN HIJ...
- PAS RELA KHIANATI MELAYU DARIPADA TINGGALKAN DAP
- #DebatPTPTN - @RafiziRamli kantoi dan dimalukan
- Video Panas !!! Tun Mahathir londehkan Khalid Gaga...
- Tu Diaaa.. @NajibRazak buat PAS malu besar kerana ...
- Panas !!! Husam Musa patut menjawap pembongaran ini
- Pengertian Syahid dari kefahaman Islam
- Video Panas !!! Geng PERKASA mengamuk minta 3 duta...
- Edisi kantoi !!! Dinar Emas satu lagi penipuan di ...
- Panas !!! Kerana Video ini Azizan Razak bakal kecu...
- Abby Abadi di harap dapat bermuhasabah demi Agama,...
- Di sebabkan Buku Jingga PAS hilang maruah - Ikatan...
- Panas !! Negara Kebajikan pakatan haram di perkena...
- Panas !!! Wakil peribadi Adun PAS Kedah merangkap ...
- Rakyat Malaysia yang sayangkan tanah air patut amb...
- Bakal Ahli Parlimen Pendang akan menyokong komunis ??
- Mengerikan !!! Kemalangan yang meragut nyawa di Su...
- Panas !! Haramkah perosak minda Melayu berhadapan ...
- Video Eksklusif !!! Ketua Himpunan Penyokong PAS H...
- Panas !!! Kedutaan Singapura di gegar oleh pencint...
- Panas !!! Makhluk Hijau yang di ragui merampas Mas...
- Panas !!! Ketua Bahagian UMNO Merbok mengamuk 30 o...
- Panas !! Azizan dan Phahrorazi kembali bersengketa
- Din Puduraya kantoi menipu Melayu di Himpunan Hija...
- Himpunan Hijau Pulau Pinang gagal mencapai target,...
- Azizan Razak sangup ketepikan Islam demi meraih so...
- Panas !!! PKR bikin Selangor goncang dengan menyal...
- Bikin Panas !!! Terbukti Ku Li buat malu BN dengan...
- Kantoi !!! AloQStaqBlog mendedahkan kejayaan Aziza...
- Zuraida mak lampir bikin malu PKR kerana kebodohannya
- Tu dia !!! Apa kaitannya Anwar dengan wanita ini ???
- Pada Julai 2011, PAS menyatakan hasratnya u...
- Isu Scorpene: Tiada Rakyat Malaysia diSapina – Ke...
- Khalid Gagap terkencing apabila di minta menjawap ...
- Panas !!! Nilai bidaan PKR hanyalah RM99,555.
- TR1M: WAJIB DIPERLEKEH ATAU BERSYUKUR KEPADA ALLAH?
- Pehh.. Rafizi kena tendang setelah di malukan sete...
- Wajib baca !!! Fakta berkenaan Lynas yang patut an...
- Skuad Kenari rebah lagi apakah ini kesalahan pemai...
- Bukti !!! kehebatan Anwar di Selangor tak dapat di...
- Video panas !!! Tahalul Siyasi - Ustaz PAS bercela...
- Pehh PANAS !!!.. Nik Aziz dan Azizan Razak akan me...
- Video Eksklusif !!! Ummi Hafilda mendedahkan bagai...
- Apakah Malaysia sebuah Negara Islam ?
- (Video) Umat Islam patut menghayati video ini unt...
- @AmenoWorld di kantoikan @TunFaisal membabitkan @P...
- Panas !!! Kickdafella mendedahkan siapa Husam Musa...
- Dr Uthman El Muhammady memperjelaskan Malaysia buk...
- Video Panas !!! Ahli Parlimen PAS buat Tian Chua h...
- Panas !!! Muhyiddin Yassin mencabar Anwar menafika...
- Panas !!! Datuk Aziz Sattar menjawap isu penceraia...
- Video Eksklusif !!! YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin k...
- Kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri mendapat sa...
- PAS Hanya pandai bercakap sahaja tapi pelaksanaann...
- Panas !!! Pendedahan 3 Diplomat asing menyampuri u...
- Video Eksklusif !!! Dato Azeez Rahim mengamuk di B...
- Cerita Panas !!! Kerana isu Memali puncanya YB Zul...
- (Video) YB Zul menceritakan bagaimana beliau di se...
- Panas !!! Kelab Putra kepunyaan Dato Azeez buat ha...
- Air mata PAS di bumi Johor bakal membuktikan PAS t...
- Iktibar Israk Mikraj yang patut semua umat Islam m...
- Biadap !!! Papan Kenyataan memaparkan gambar Yang ...
- Minta sebarkan!!! Politik Malaysia bakal di kucar ...
- Video Eksklusif !!! Antara Pakatan Haram dan UMNO ...
- Pengakuan dalang yang menghalang Kereta Sultan Per...
- Lagi penghinaan terhadap Sultan Johor dari Pakatan...
- (Video) Zulkifli Nordin perjelaskan kenapa dia di ...
- ( Khidmat Masyarakat ) Adik Iman Damia memerlukan ...
- Panas !!! Penulis buku SHIT Shahnon Ahmad dah kena...
- Panas !!! Beranikah Khalid Samad menyahut cabaran ...
- Tu Dia !!! Azizan Razak naik angin bila PMBKed di ...
- Video Panas !!! @ZulkifliNordin bogelkan pemimpin ...
- Video Panas !!! @ZulkifliNordin di serang samseng ...
- Panas !!! DR MiM bongkar Setiausaha Agung SMM meng...
- Sah !!! Ambiga dapat dana luar untuk huru-harakan ...
- Panas !!! Ustaz Azhar Idrus perosak pemikiran anak...
- Panas !!! Sah Azizan Razak dan PMBKed menipu dalam...
- Azizan Razak,Setpolnya dan CEO PMBKed pasti gelaba...
-
▼
June
(187)
Labels
- 1 malaysia (1)
- azmin ali (1)
- banjir kedah (1)
- bendera umno di bakar (1)
- blogger pas bebal (1)
- bukti pas terima syiah (1)
- dap jahat (1)
- demonstrasi bersih 3.0 (1)
- guan eng babi (1)
- haramkah (1)
- kedah (1)
- kedah darulaman (6)
- keluar parti (1)
- kuin (1)
- maksiat (1)
- mb kedah (2)
- nantikan gambar yang di ambil Pisau Kedah (1)
- nasir zakaria (1)
- nik aziz sesat (1)
- pakatan bodoh (3)
- parlimen (1)
- pas bebal (2)
- pas gila babi (1)
- pas kedah (32)
- pas makin sesat (1)
- pas pis pus (1)
- pasukan kenari (1)
- perhimpunan agong umno (1)
- pru ke 13 (1)
- raya haji (1)
- Sidang DUN Kedah (1)
- ulama muda umno (1)
- umno kedah (5)
- video (3)
- video pendedahan anwar ibrahim (1)
- video ufb (1)
No comments:
Post a Comment