pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, June 25, 2012

Video Eksklusif !!! Ketua Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chow cuba membunuh kejayaan orang Melayu


Maaf kualiti audio tidak memuaskan sila guna earphone

Ketua Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow mengatakan nilai hutang ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sebanyak RM 34.4 billion setelah mengambil alih pelabuhan Pulau Pinang.

Syed Mokhtar di serang hebat oleh DAP setelah mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang gagal di perolehi oleh Lim Guan Eng, serangan terbabit di ketuai Tony Pua yang kita tahu tidak sukakan kesenangan yang di miliki oleh orang Melayu.

Lihat bertapa rasistnya DAP dengan menghasut orang Melayu membenci orang Melayu yang berjaya, sedangkan pemilihan Syed Mokhtar adalah berdasarkan kemampuan dan pengalaman Syed Mokhtar setelah mengambil alih 2 pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Serangan terhadap Syed Mokhtar pasti tidak akan terjadi sekiranya Lim Guan Eng berjaya dalam bidaan untuk mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang seperti yang di kehendaki DAP.

Lihatlah bagaimana DAP cuba nak membunuh ekonomi orang Melayu dengan menyerang Syed Mokhtar dengan menabur pelbagai fitnah termasuklah semalam di Himpunan Hijau Pulau Pinang. Himpunan yang mengumpulkan orang Melayu yang beragama Islam yang di terajui oleh PAS.

Semasa dalam himpunan hijau yang di adakan semalam, Pisau Kedah cukup kesal dengan sikap segelintir pemuda yang terlalu muda mengenali apa itu erti rasist telah menyambut dengan laungan takbir setelah ahli perniagaan Melayu di fitnah oleh cina rasist yang telah di serapkan DAP ke dalam PAS.

Selain itu Pisau Kedah dapat melihat juga sesetengah penyokong PAS yang agak berumur tidak selesa dengan kenyataan tersebut yang berbaur penghasutan supaya membenci sesama Islam.

Harus di ingat Syed Mokhtar merupakan insan dermawan banyak membantu fakir miskin, banyak membantu anak-anak yatim dan banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan Islam sebab tu DAP kurang senang dengan Syed Mokhtar kerana mereka melihat Syed Mokhtar kian maju di dalam urusan perniagaannya.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog