Selepas Mc (ketua Team Media Kedah) jumpa Kadiaq kat mahkamah kerana memberi sokongan penuh kepada Anwar. Mc juga nampak beliau terlompat-lompat dan bertepuk tangan seumpama beruk. Mc terus sangsi dengan pendirian beliau. Ternyata kesangsian Mc tu benar apabila Kadiaq selepas itu terus 'declare'melawan UMNO.
Akibat daripada itu Mc membuat dua artikel 'panas' untuk menghentam Kadiaq. Boleh baca kat SINI ( kedahkekl.blogspot.com/2012/01/tudiaa-kadiaq-mamak-mula-bermanja-manja.html?m=1 )dan SINI ( kedahkekl.blogspot.com/2012/01/laa-ehh-kadiaq-mamak-dah-kena-penyakit.html?m=1 ).
Namun, tentunya kita mahu tahu sebab musabab kenapa Kadiaq yang bekas Menteri ni sanggup membelot kepada UMNO.Mc pernah ke UMNO Bandar Baharu untuk bertanyakan khabar mengenai status si Kadiaq ni,memang mengejutkan sampai sekarang si Kadiaq ni masih lagi bendahari bahagian,malah sebahagian besar organisasi bahagian ni, masih sayangkan Kadiaq.
Tak payah tanyalah si Aziz adik pada Kadiaq, tentunya beliau banyak terhutang budi pada Kadiaq.Cuba tanya Timbalan ka, Setiausaha ka, AJK ka, semuanya masih berbaik-baik lagi dengan Kadiaq.Malah Kadiaq juga selalu bertanya kabar mengenai Bahagian disana.Bila Mc tanya kenapa masih lagi bersama Kadiaq sedangkan Kadiaq dah belot UMNO!
Depa jawab, Kadiaq takkan belot UMNO. Kadiaq ni terdesak! Untuk mencari jawatan kembali dalam pimpinan kerajaan, Kadiaq ni cuba tarik perhatian pimpinan UMNO untuk tempatkan 'dia' kembali dalam pentadbiran. Itu saja.
Tapi selepas Kadiaq kata 'pengundi' di parlimen Kulim Bandar Baharu kena rasuah baru dapat undi.Melompat jugak la puak-puak ni. Ada yang sampai termenung dan tertanya-tanya, awat Kadiaq kata macam tu. Untuk selesaikan masalah, UMNO bahagian membuat rombongan dua biji bas berjumpa dengan Kadiaq.
Lepas jumpa Kadiaq, UMNO bahagian terus diam dan berpuas hati dengan jawapan Kadiaq. Mc pun tak tahu apa racun atau jampi yang Kadiaq bagi kat depa. Siap buat sidang media untuk bela Kadiaq. Mampuih!!
Mc rasa, sudah sampai masanya UMNO Kedah dan Pusat membuat tindakan drastik mengenai hal ini. Di bangunan UMNO Kedah sana nu.. masih ramai lagi yang menyokong Kadiaq. Mungkin masa dia kaya dulu, si Kadiaq ni banyak menabur budi kot, sebab tu ramai sangat yang dok sayang kat dia.
Pada yang dok sayang kat Kadiaq tu, Mc nasihatkan betulkan balik niat perjuangan. Berjuang kerana UMNO ka, berjuang kerana Kadiaq ka. Kalau rasa nak bersama Kadiaq, Mc nasihatkan pi la kat dia. Ikut la pungkoq dia.
Cuma Mc kesian tengok Aziz dengan Musa. Tak tau nak letak muka kat mana lepas Kadiaq buat macam tu. Aziz punya malu sampai pi bercuti keluar Malaysia sebulan lebih membawa diri!!
Kadiaq ni memang bahana, dia bukan melingkup dia sorang. Tapi habis dengan Adik-adiknya sekali.memang jahanam habis kesemuanya!!
No comments:
Post a Comment