pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, March 26, 2012

PANASS!! Lagi Pendedahan Sebenar Imam Baling Selipar di Dedah!!



Semalam Pisau Kedah ada menulis tentang siapa sebenarnya Hoslan Hussin [Biodata Hoslan Hussin]. Hari ini kita berbicara pula tentang isu pemecatan terhadap dirinya. Antara beberapa salahlaku disiplin yang mengheret nama Masjid Ar-Rahimah dan JAWI sehingga tercemar mengakibatkan berlaku pemecatan terhadap dirinya, ikuti beberapa siri perbuatan dia :-

(a) Mengarahkan kakitangan DBKL yang menjalankan kerja-kerja meroboh rumah yang terlibat dengan pembinaan jalan di hadapan Masjid Ar-Rahimah supaya pulang dengan mengatakan itu adalah arahan pihak JAWI.
(b) Pada 19 MAC 2008, bertindak memecahkan pintu rumah dan menceroboh
masuk ke rumah No. 4331-2, rumah kuaters masjid tanpa kebenaran. Dia telah membohongi para jemaah dengan mendakwa perbuatannya telah mendapat kebenaran Pengerusi Masjid dan JAWI. Dia telah menduduki kuaters tersebut tanpa sebarang bayaran sewa dan bermakna telah menduduki 2 buah kuaters masjid yang menimbulkan rasa tidak senang di antara kakitangan masjid.

(c) Dia telah berjumpa dengan arwah Dr Lo` Lo` binti Ghazali [MP Titiwangsa] dan mengemukakan fakta-fakta yang tidak benar mengenai projek pembinaan jalan oleh DBKL melibatkan rumah wakaf masjid sehingga pihak DBKL terpaksa menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan ia dieksploitasi oleh parti pembangkang.

(d) Selalu tidak sependapat dengan pihak pengurusan masjid seperti pada tahun 2007 / 1428H, dia telah mempertikai perlantikan Imam Solat Terawih serta elaun saguhati bilal terawih. Dia juga sengaja menimbulkan masalah apabila sering berebut untuk menaiki mimbar bagi menjadi Khatib walaupun ada masa tertentu pihak masjid menjemput Khatib jemputan. Perbuatan tidak menghormati Khatib jemputan telah memalukan pihak masjid.

(e) Pada 9 Nov. 2007 dan 16 Nov. 2007, engkar perintah JAWI iaitu tidak membaca teks khutbah kedua yang telah disediakan oleh JAWI sehingga dia telah ditegur dan diberikan surat tunjuk sebab oleh Bahagian Pengurusan Kariah JAWI. Walau bagaimanapun, beliau didapati mengulangi perkara sama pada 21 MAC 2008.

(f) Dia tidak memberikan kerjasama sewaktu program diadakan oleh pihak masjid seperti tidak hadir tanpa sebab dan sering kali tidak menjalankan tugas. Dia juga didapati tidak memakai pakaian rasmi lengkap sebagaimana yang disediakan terutamanya sewaktu solat fardu Jumaat.

(g) Disamping itu, dia menunjukkan tingkah laku yang kurang elok apabila selalu memaki kakitangan masjid apabila berlaku sedikit salah faham atau diberi teguran. Disamping itu, beberapa orang penceramah kuliah Masjid Ar-Rahimah juga telah membuat teguran mengenai mutu bacaannya yang kurang tepat dan tidak fasih.

Dan menurut sumber ada perbincangan dibuat bagi memperbaiki keadaan dimanaAJK Masjid Ar-Rahimah telah mengadakan perjumpaan bersama Hoslan Hussin pada 16 Mei 2008. Dia telah diminta memberikan penjelasan mengenai isu-isu yang timbul tetapi didapati gagal menjawab isu-isu yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, hasil perbincangan, dia diberi peluang untuk cuba memperbaiki diri dan akan dipantau oleh Ketua Imam dari semasa ke semasa. Dia telah dimaklumkan sekiranya pihak masjid tidak berpuashati, tindakan yang sepatutnya akan diambil tanpa diadakan perjumpaan lagi. Namun begitu, dia diarahkan supaya membayar gantirugi kerosakan pintu rumah yang telah dipecah masuk dan membayar sewa bulanan sebanyak RM 350.00 bermula 19 Mac 2008.

 

Selepas perjumpaan tersebut, Hoslan masih enggan menjelaskan ganti rugi kerosakan dan bayaran sewa kuaters yang diduduki tanpa kebenaran. Dia masih enggan memberikan kerjasama yang baik antara kakitangan masjid seperti tidak sepakat dalam beberapa perkara seperti mengarahkan seorang ahli jemaah qamat bagi menunaikan solat maghrib sedangkan Imam dan Bilal bertugas serta jemaah sedang berbuka puasa pada tarikh 1 Sep 2008. Walaupun ditegur, dia tetap mengulangi perkara yang sama pada 4 Sep 2008 sehingga membawa pemecatannya pada 1 Nov 2008.

Oleh kerana perasaan tidak puas hati masih menebal, Hoslan diiringi beberapa individu telah membuat laporan polis. Pada 6 April 2008. Hoslan membuat laporan polis terhadap pihak pentadbir Masjid Ar-Rahimah yang mengarahkan dia keluar dari rumah wakaf No. 4331-2 Masjid Ar-Rahimah tanpa perbincangan sedang dirinya yang bersalah

Pada 27 Oktober 2009 Hoslan sekali lagi membuat laporan polis bertujuan merujuk kepada tuduhan Hoslan ke Biro Pengaduan Awam berkaitan jemaah Masjid Ar-Rahimah dan kakitangan JAWI yang melakukan penderaan mental terhadapnya dengan memotong bekalan api dan air ke rumahnya serta menghantar surat ke Jabatan Alam Sekitar supaya beliau hilang mata pencarian.

Pada 11 Januari 2011 seorang pengadu, En Yaacob bin Yahya iaitu Timbalan Pengerusi Masjid Ar-Rahimah membuat laporan polis menyatakan Hoslan Hussin telah menceroboh masuk serta tinggal di rumah wakaf No. 4331-2 tanpa kebenaran serta mencuri air dari tempat wuduk dan menyambung bekalan api secara haram. Perbuatan tersebut amat merbahaya dan dibimbangi akan mengakibatkan kebakaran kepada penghuni lain. Kemudian Hoslan pula membuat laporan polis bertarikh 13 Januari 2011 kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan AJK baru Masjid Ar-Rahimah yang kononnya telah dibuat tanpa sistem pemilihan kariah serta dirinya rasa terhina. Kemudian beberapa siri laporan polis dibuat lagi bertarikh 18 Januari 2011 dan 22 Mac 2012.

Inilah golongan yang tidak sedar dek untung, sudah berbuat salah tapi meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain. Mc rasa memang puak pembangkang ni terkenan untuk buat laporan polis. Sama macam Fariz Musa yang kononnya media event lah apalah. Tolong sedar diri dulu boleh tak? Mahu bela orang yang terang-terang bersalah demi kepentingan politik adalah satu perkara tidak sihat. Mc tengok asalkan ia membabitkan kerajaan puak pembangkang akan bertindak menyokong tidak mengkaji dahulu jurisdiksi siapa yang benar mahupun siapa yang bersalah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog