PANASS!! Bahayanya Projek Solar Pulau Pinang Kepada Rakyatnya!!
Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.
Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.
“Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.
"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam.
Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan.
“Kita mahu penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk mengendalikan bahan berbahaya seperti toksik yang dikeluarkan oleh loji itu kelak.
"Guan Eng juga perlu maklumkan langkah pencegahan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sekiranya loji itu dibina bersebelahan taman perumahan," katanya.
Difahamkan, loji pengeluaran panel solar berkenaan akan dibina di Batu Kawan dengan pelaburan RM2.2 bilion.Syarikat dari luar negara itu dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan.
Rich berkata, Guan Eng dilihat tidak mengambil kira pandangan umum khususnya penduduk di situ terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaannya.
“Pembinaan loji ini boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada bakal penduduk yang hanya menunggu rumah mereka siap untuk diduduki.
"Loji ini memerlukan kawasan luas untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya," katanya. Artikel khas dari Mypenangonline.
Kat bawah ni Pisau Kedah ambil kesan atau bahaya yang boleh dihasilkan dari Loji Kilang Solar!! Sumber dari MKP
KESAN BAHAYA RADIASI ELEKTROMAGNET INI MENYAMAI KESAN BAHAYA MENGGUNAKAN HANDPHONE DENGAN KADAR MASA YANG LAMA.
Beberapa minit paparan radiasi elektromagnetik dapat mengubah 5% sel kanser aktif berubah kepada 95% sel kanser aktif,
1- Penyakit Alzheimer’s, Multiple Sclerosis & Parkinson’s
2-2minit pancaran radiasi elektromagnetik, dapat melemahkan sel darah, sehingga protein dan racun/toksin bocor dan kemudian masuk ke dalam otak. Inilah yang membuka jalan bagi berkembangnya berbagai penyakit seperti Penyakit Alzheimer’s, Multiple Sclerosis & Parkinson’s
3. Jantung dan Batu Ginjal
Radiasi elektromagnetik dapat menyebabkan kebocoran hemoglobin yang berperanan sebagai pembawa oksigen ke seluruh tubuh bermula dari sel darah merah.Hal ini berakibat pada timbulnya sakit jantung dan batu ginjal.
4. Bayi Cacat
Radiasi elektromagnetik juga dikaitkan dengan bahaya terhadap ibu hamil dan janin yang dikandungnnya. Kajian di USA ada menunjukkan bahwa radiasi elektromagnetik menyebabkan cacat pada emberio ayam.
5. Kerosakan Sistem Pertahanan Tubuh dan DNA
Beberapa kajian lalu menunjukkan bahawa radiasi elektromagnetik telah menyebabkan kerosakan DNA dalam sel tubuh. Radiasi elektromagnetik dapat melemahkan sistem pertahanan tubuh yang bertugas melawan infeksi dan penyakit.
6. Tekanan Darah Naik Secara Tiba-tiba ( mendadak)
Di Jerman sendiri ,media Lancet pada tahun 1998, menyatakan tekanan darah pada subjek yang diteliti meningkat 5-10Hg .Peningkatan ini boleh menyebabkan stroke atau serangan jantung pada individu yang berisiko tinggi.
Kebanyakan radiasi suria merupakan radiasi elektromagnetik ( BACA BETUL BETUL YANG INI .....), matahari turut menghasilkan radiasi zarah, zarah suria, yang berbeza dengan kitaran suria. Ia kebanyakannya merupakan proton; ia amat rendah dari segi perbandingan tenaga (10-100 keV). Purata komposisi menyerupai Matahari itu sendiri. Ini mewakili zarah tenaga jauh lebih rendah daripada yang datang dalam bentuk pancaran kosmik.
Zarah suria amat luas dari segi julat kekuatan dan spektrum, meningkat kekuatan selepas kejadian suria seperti julangan suria. Tambahan lagi, peningkatan dalam kekuatan sinaran kosmik suria sering kali diikuti dengan pengurangan dalam pancaran kosmik galaktik, dikenali sebagai pengurangan Forbush sempena penemunya, pakar fizik Scott Forbush.
Pengurangan ini diakibatkan oleh angin suria yang membawa medan magnetik matahari lebih jauh bagi melindungi bumi lebih menyeluruh dari radiasi kosmik. Komponen mengion radiasi suria boleh diabaikan berbanding bentuk radiasi lain pada permukaan Bumi.
Kalau nak ikutkan. Kilang Solar kat Pulau Pinang ni lagi bahaya dari Lynas kat Gebeng, Pahang tu. Kalau Gebeng dibuat kat tanah lapang dan kawasan terpencil. Kilang Solar kat Pulau Pinang ni, dibuat berdekatan dengan Taman Perumahan.
Kenapa agaknya Guan Eng tak boleh buat Kilang Solar ni di kawasan perindustrian? Kenapa nak kena buat dekat kawasan perumahan? Tentu ada yang tak kena. Kalau Pakatan selalu bising pasal Lynas, rasanya yang ni lagi teruk. Mc rasa rakyat patut buat bantahan untuk Kilang Solar di Pulau Pinang ni!!
No comments:
Post a Comment