SELEPAS sekian lama dihujani persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di ibu negara, Shahrizat dengan tenang menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah keputusannya sendiri.
Surat mengenai perkara tersebut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,hari ini.
Utusan Malaysia
Pisau Kedah:-
Keberanian Datu Seri Shahrizat meletak jawatan harus di puji demi parti.Apa yang berlaku ke atas dirinya membabitkan soal peribadinya,ianya tidak mempergunakan rakyat dan mengheret rakyat memperjuangkan kepentingan politik beliau,ianya berbeza seperti Anwar Ibrahim apa bila mengheret dan mempergunakan rakyat yang menyokong demi kepentingan politiknya
No comments:
Post a Comment