KUALA TERENGGANU, 8 Mac -- Jika melihat perkembangan isu-isu semasa sejak akhir-akhir ini, Pas kini sudah hilang matlamat dan hala tujunya. Bersiri-siri masalah yang menimpanya malah perpaduan dalam Pas dikatakan telah berpecah-belah bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat akar umbi juga, ujar Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan.
"Baru-baru ini apabila Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said menyatakan bahawa Pas sudah sampai ke tahap sebuah parti ajaran sesat, kita nampak ada pemimpin-pemimpin Pas sendiri nak saman dan hantar memorandum ke pejabat Agama, janji dulu nak saman MB dalam masa seminggu, sekarang ini dah sebulan lebih.
"Sebagai pemimpin parti, pemimpin-pemimpin Pas sepatutnya mengambil tindakan menyaman Menteri Besar tapi bila nak saman? Kalau tak saman memang benarlah orang ramai mengatakan bahawa Pas ini merupakan sebuah parti ajaran sesat," ujarnya kepada MediaUMNO dalam satu temubual ekslusif di sini.
untuk berita selanjutnya, sila layari http://umno-online.com/?p=56366
No comments:
Post a Comment