Orang lama kata,teguran itu tandanya sayang..mungkin teguran ini yang di hendak sampaikan "penyokong tegar UMNO" melalui emailnya kepada Team Media Kedah yang menampakan teguran membina,bukan teguran untuk menjatuhkan..orang yang mahu berjaya pasti menerima teguran yang membina sebagai cabaran kepada dirinya,
Sekali lagi email dari orang yang sayangkan UMNO yang mahu Team Media Kedah paparkan. Kali ni email yang agak panass..
Berfikir banyak kali juga untuk Team Media Kedah siarkan. Namun kerana sayangkan UMNO, Team Media Kedah siarkan juga email ini.
Program Pemukiman Ke3 di Kedah Darul Aman,Program ini dijadual berlangsung di Kedah selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Mac 2012. Pengurusan dan aktiviti program ini telah dirancang dengan teliti agar ianya menepati hasrat pucuk pimpinan parti. Di peringkat negeri ianya diusaha dan dikelolakan oleh Pejabat Perhubungan UMNO Kedah.
Lebih kurang 120 Daerah Mengundi (DM) telah dikenalpasti dan dipilih untuk menerima ADUN luar Kedah dan diserahkan kepada "Keluarga Angkat" ditiap tiap DM. Aktiviti program ini antaranya ialah mengenali dan bermesra dengan penduduk disamping menziarah rumah dan penduduk dalam DM berkenaan. Selain mengambil tahu masalah penduduk dan bermesra dengan mereka bantuan-bantuan segera juga tidak ketinggalan dihulurkan.
Walaupun bagi setengah-setengah pihak program ini dianggap sebagai program terdesak bagi menghadapi PRU 13, hakikatnya program ini berhasrat merapatkan hubungan silaturrahim dan saling mengenali antara penduduk dinegeri dan daerah yang berbeza selain menghayati adat resam dan budaya masyarakat tempatan. Satu hasrat yang murni yang perlu diberi sokongan.
Realitinya apa yang berlaku pada 2 Mac di Sungai Petani (Pusat menerima ADUN angkat) hanya 30 orang ADUN yang hadir untuk diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Ramai Keluarga Angkat yang pulang kehampaan kerana ADUN Angkat tidak datang.
Persoalan mula timbul:
Siapakah yang bertanggungjawab dalam masalah ini?
Apa akan terjadi kepada masyarakat di kampong yang sudah berkumpul menyambut ketibaan ADUN Angkat ke DM mereka?
Bagaimana perasaan individu/keluarga yang telah dipilih untuk dilawati oleh ADUN Angkat ini,sedangkan persiapan telah dibuat?
Ada juga antara Keluarga Angkat setelah menerima senarai ADUN-ADUN ini menghubungi melalui telefon kepada ADUN berkenaan. Berbagai-bagai jawapan diterima yang sangat mengejutkan Keluarga Angkat.Antara jawapannya:
Maaf, saya punya Program di kawasan saya!
Maaf, saya sudah maklum saya tidak dapat hadir!
Maaf, saya tidak diberitahu akan program ini!
Logiknya mustahil ADUN-ADUN berkenaan mencari helah untuk tidak hadir kerana mereka tahu program ini akan dipantau oleh Datok Najib sendiri dan
Datok Najib akan hadir dalam Majlis Makan Malam bersama mereka dan rakyat Kedah. Dijangka 30,000 orang akan hadir.
PRU 13 dah dekat, calon belum diputuskan (kemungkinan calon diumum dalam bulan April). Adakah ADUN-ADUN ini menolak peluang untuk dipilih semula bertanding sebagai Winnable Candidate?
Mustahil..Mustahil kecuali "ADUN-ADUN TYPEWRITER" yang dah boleh masuk Muzium.Ingatlah, UMNO Kedah sekarang adalah PEMBANGKANG. Tak teringinkah nak merampas kembali Kedah?. Mana REFORMASI UMNO Kedah? Adakah Pegawai-Pegawai (Pegawai???) di Pejabat Perhubungan UMNO Kedah itu TYPEWRITER?.
Sekarang zaman Komputer, zaman cyber. Buanglah Typewriter zaman Syed Nahar tu gantikan dengan computer canggih yang berkelajuan tinggi supaya sesuai dengan zaman barulah UMNO Kedah ada ummmph.
Bukan kita hina "typewriter", mereka telah banyak berjasa pada UMNO, dah berapa orang Menteri Besar bertukar, masihkah nak guna "typewriter" tu juga.
Kepada UMNO Kedah - BERANIKAH BERUBAH atau MAMPUKAH BERUBAH ?
SEKADAR PANDANGAN DARI RAKYAT YANG SAYANGKAN UMNO - AHLI SEJAK 1969 - KESEDARAN DARI 13 MEI
Tan Anak Laha
X-BTN
2 comments:
eMemang benar apa yg diluahkan..malah bukan ini kali pertama penyusunan program menjadi kelamkabut.Persoalanya ialah..dah beberapa org Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri bertukar tangan..namun perkara sebegini masih berlaku..maknanya sudah jelas..diperingkat seketeriatlah yg menjadi puncanya..mereka masih menganggap merekalah yg hebat buat kerja..org lain x reti buat apa..org lain bengong..Pegawai besar ditingkat 6 ni,semua perkara depa kepong..nak pulun buat sendiri..org lain disuruh telan apa yg depa suap.walau yg disuap itu masin ka,pahit ka,masam ka..kena telan apa yg depa suap..contoh: program ini..Hari jumaat mula program..hari khamis ptg baru bagi duit.dah la program atur cukup padat.jenuh kalamkabut Pegerusi Peti undi.Last sekali bila pi nak terima Adun Angkat,masa tu baru tau sapa jadi Adun Angkat..baru kalut nak call..tanya YB ada kat mana,boleh mai ka,bila nak mai.awat x mai lagi..xkan xleh comfirm & recomfirm sebelum ni..ataupun bagi tau awai nama Adun kat peti undi..depa sendiri pun boleh call.xtau lah umno negeri ooii..masih x berubah sikap dari zaman dulu lagi..
aku oghang dlm dm tt br, sala satu dm terpilih dlm dun bkt pinang parlimen p.s. anak angkat aku sampai sini dr pahang pg sabtu, alasan dia ada program dgn tuanku sultan. aku blh teghima alasan dia & dia sngt low profil. mcm ni calon WC yg kt caghi. bukan mcm calon hat umno bhg p.s. nak boh. aku dngr2 habaq umno bhg dah ahntaq senarai ke kl. tapi aku peghasan depa tu semua bukan WC. walau apa pun aku nak syorkan kpd semua penyokong2 tegar umno, masa nak pangkah khetaih undi dlm pru 13 nanti, tangan kighi tutup tang nama calon, tinggai tanng lambang pati ja, baghu blh pangkah. kalau x WC ke mana, negeghi ke mana.
aku x tau mcm mana pentadbiran umno negeghi ni, tkt 6 berkuasa ka tkt 7 berkuasa. tapi dok nampak2 mcm........?????????
Post a Comment