pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, May 27, 2012

Video Panas !!! 3 parah 19 cedara dalam kemalangan Drag di Himpunan Jutaan Belia Negara #HBN2012


PUTRAJAYA 27 Mei - Tiga cedera parah manakala 19 cedera ringan apabila sebuah kereta merempuh penonton yang sedang menyaksikan perlumbaan drag sempena karnival Himpunan Jutaan Belia di sini, malam tadi.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam tadi ketika sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula, di tapak perlumbaan drag di Presint 19 di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer hilang kawalan lalu merempuh penonton yang sedang berdiri.

"Pemandu kereta telah ditahan dan diikat jamin. Kereta ditahan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Putrajaya."Ketika kejadian, perlumbaan baru bermula, pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi tempat penonton berdiri," katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog