pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, May 21, 2012

Tu Dia...PAS Kedah ketakutan apabila UMNO Kedah di beri semangat dari Tun Mahthir


Di harap semangat yang di sampaikan ayahnda Tun Mahathir tidak pudar di hati pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah.janganlah bersikap pentingkan diri sendiri sehingga tergadai maruah parti,jangan di ulangi kesilapan lama,kerana UMNO di Kedah sedang meniti kejayaan di PRU 13,


Hampir 8,000 orang pemimpin UMNO Kedah di peringkat Bahagian dan Cawangan menerima kata-kata semangat yang disampaikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis Perjumpaan Kepimpinan UMNO Kedah bersama bekas perdana menteri di Dewan Wawasan Jitra, hari ini. 
Ucapan Dr Mahathir lebih sejam memberi semangat kepada pemimpin untuk berjuang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. 
Dr Mahathir menegaskan untuk mencapai kemenangan, UMNO Kedah perlu bersatu padu, tidak lagi boleh ada sikap mencantas semasa rakan dalam pasti. 
Selain itu beliau mahu mereka menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti, walaupun calon berkenaan bukannya di kalangan pemimpin UMNO. 
"Berilah sokongan kepada parti, tidak kira siapa yang dicalonkan. Kita perlu memastikan parti menang supaya kerajaan Barisan Nasional menjadi kuat dalam menghadapi desakan pelbagai pihak yang menimbulkan pelbagai angkara," katanya. 
Majlis berkenaan dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, ketua-ketua bahagian, pemimpin Wanita, Pemuda, Puteri dan AJK Pusat Daerah mengundi. 
Bekas perdana menteri berkata UMNO kalah pada pilihan raya lepas bukan kerana ia tidak kuat tetapi kerana unsur sabotaj berlaku dengan ketara sehingga calon yang sepatutnya menang boleh kalah dan banyak kawasan menang dengan majoriti kecil. 
"Jikalau kita sayangkan parti jangan lagi ulangi sikap mencantas," katanya sambil memberitahu beliau yakin di Kedah UMNO berupaya menang sekiranya sikap mencantas itu tiada. 
"Saya telah menerima pengakuan daripada ketua-ketua bahagian bahawa mereka rela sekiranya tidak dicalonkan dan berjanji akan memberi sokongan kepada calon lain. Saya harap janji mereka itu dilaksanakan," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.Beliau berkata skiap berebut kerusi dan berebut jawatan tidak menguntungkan sesiapa.
"Hari ini kita menjatuhkan orang lain kerana mahu merebut jawatan, lain kali orang lain pula akan menjatuhkan beliau," tegas beliau. 
Dr Mahathir juga menaruh harapan agar parti terus berjuang bagi memelihara kaum Melayu kerana kejayaan UMNO bermakna ia adalah kejayaan orang Melayu.Portal UMNO Kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog