pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, November 30, 2011

Kerajaan Negeri di bidas Mufti Kedah

Pusat Hiburan di Kedah tumbuh bagaikan cendawan.



Kelab tumbuh bagai cendawan calar imej Islam 

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah digesa memantau kewujudan pusat hiburan di negeri itu yang dikatakan hidup bagai cendawan tubuh selepas hujan kerana fenomena itu boleh mencalar imej negeri yang majoriti masyarakatnya beragama Islam. 

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderuddin Ahmad, berkata kewujudan pusat hiburan tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa boleh memberi kesan negatif dalam institusi masyarakat, selain menyinggung perasaan umat Islam di negeri ini. 

“Fenomena ini tidak seharusnya berlaku di negeri ini mempunyai pegangan Islam yang kuat dan pasti ia meninggalkan kesan tak baik, khususnya kepada masyarakat Islam jika dibiarkan tanpa pemantauan. 

“Justeru, saya harap perkara ini dipandang serius pihak berkaitan kerana kita tidak mahu usaha menggalakkan rakyat mendalami penghayatan Islam menerusi penghayatan dan amalan, pada masa sama ada pihak cuba menggagalkan usaha berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa kewujudan pusat hiburan di bandar raya ini bagai cendawan tumbuh elepas hujan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai penguatkuasaan dijalankan kerajaan negeri pimpinan PAS sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir negeri. 

Sehubungan itu, Muhammad Baderuddin berharap isu itu dapat diatasi dengan bijak oleh pihak berkuasa tempatan termasuk kerajaan negeri dalam usaha memelihara keharmonian Islam di Kedah. 
“Malah, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam amanatnya ketika bertitah sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini turut meminta umat Islam di negeri ini supaya mendalami Islam dengan penghayatan sebenar dan kita tidak mahu perkara seumpama menggagalkan usaha berkenan,” katanya. 



1 comment:

Walinong Sari said...

Semua negeri ada JAI yang menguatkuasakan undang-undang Islamnya. Kedah tidak ada ke ? Kalau tidak ada berhentikan sahaja Pengarahnya jika ada jawatan itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog